Konvensyen Pegawai Penguatkuasa Agama Dan Pendakwa Syarie

 

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah bagi Konvensyen Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie seluruh Malaysia bagi tahun 2017. Konvensyen yang mengumpulkan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie dari seluruh negara itu berlangsung selama 2 hari dari 15 dan 16 Oktober 2017 di Tabung Haji Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Konvensyen bertemakan “Menangkis Penghinaan Terhadap Islam: Suatu Tindakan Holistik” adalah anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Perasmian konvensyen telah disempurnakan oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beberapa kertas kerja telah disampaikan oleh tokoh-tokoh perundangan Islam dan pengamal undang-undang Islam. Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah YB. Datuk Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif, Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang juga merupakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Pengarah-Pengarah dari pelbagai Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, pengamal undang-undang, Peguam Besar Negeri Sabah, Hakim-Hakim Syarie dan Badan-Badan Bukan Kerajaan.

Selain pembentangan kertas kerja dan forum, Sijil Penyartaan Program Sangkutan Pendakwa Syarie di Jabatan Peguam Negara dan di Pejabat Penasihat Undang Negeri seluruh Malaysia bagi tahun 2017 turut disampaikan kepada Pegawai-Pegawai Pendakwa Syarie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *