LAWATAN KERJA JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH

24 Mei 2022 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah menerima lawatan seramai 16 orang pegawai dan kakitangan dari Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan Darul Khusus yang diketuai oleh Tuan Raja Mazelan Raja Deraman selaku Ketua Pendakwa Syarie Negeri Sembilan, Tuan Rohaizad Bin Redzuan Timbalan Pendakwa, para pegawai, penolong pegawai dan kakitangan sokongan.

Rombongan disambut oleh Yang Arif Tuan Nawawi bin Diman, Yang Arif Tuan Ahadin Bin Arinen,Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kota Kinabalu Tuan Abdul Hakim Bin Mhd Bisri, Pegawai Sulh, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, Penolong Pendaftar Unit Rayuan Dan Unit Latihan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah.

Terdahulu dalam ucapan aluan, Yang Arif Tuan Ahadin bin Arinen mengalu-alukan kehadiran tetamu dari Jabatan Pendakwaan Syarie Negeri Sembilan buat kali pertama ke Kompleks Jabatan kehakiman Syariah Negeri Sabah.

Dalam ucapan balas oleh Tuan Raja Mazelan bin Raja Deraman selaku Ketua Pendakwa Syarie Negeri Sembilan beliau mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada pihak JKSNS atas kesudian menerima dan menyantuni rombongan mereka.

Lawatan julung-julung kali diadakan bertujuan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Prosedur, Tatacara serta perkongsian pengalaman Mahkamah Syariah Negeri Sabah yang terkehadapan dalam melaksanakan hukuman sebat syarie di negeri ini dan
taklimat disampaikan oleh Yang Arif Tuan Ahadin bin Arinen dan sesi soal jawab hangat dengan pelbagai persoalan dikemukakan oleh pihak peserta rombongan.

Rombongan juga sempat dibawa meninjau ke Dewan Bicara Rayuan Syarie yang serba baharu dan canggih.

Penyampaian cendera kenangan dan sesi bergambar mengakhiri sesi lawatan kali ini .

Adalah diharapkan dengan lawatan seumpama ini, mengukuhkan lagi jalinan silaturahim dan perkongsian pengalaman serta pengetahuan diantara kedua jabatan dan memberi manfaat kepada warga kedua-dua jabatan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh pengetahuan, keberanian dan integriti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *