5S

Polisi Amalan 5S JKSNS

 

Sentiasa mengamalkan bersama persekitaran kerja berkualiti melalui pendekatan 5S. Warga JKSNS akan berusaha dan sentiasa mengekalkan pencapaian piawaian prinsip 5S yang tinggi di tempat kerja melalui kerja berpasukan dan disiplin diri. Pelaksanaannya melalui:

 

(a)        Produktiviti cemerlang

(b)        Kualiti produk dan perkhidmatan yang tinggi

(c)        Penghantaran yang menepati masa

(d)        Pengurangan kos

(e)        Persekitaran kerja yang selamat

(f)        Moral yang tinggi

 

Slogan Amalan 5S JKSNS

  – Berdisiplin, Kemas dan Berkualiti

 Logo Amalan 5S

 

 

 

 

 

Model Amalan 5S JKSNS

 –Model Amalan 5S – Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

 

Misi Amalan 5S JKSNS

-Mencapai pengiktirafan tertinggi dalam mengwujudkan pengurusan persekitaran berkualiti di tempat kerja.

-Mencapai tahap tertinggi dalam kecekapan dan keberkesanan pengurusan operasi di tempat kerja.

-Mencapai tahap tertinggi dalam keupayaan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.

-Mencapai tahap tertinggi dalam keupayaan mengenalpasti, mengurangkan dan menghapuskan pembaziran di -tempat kerja.

-Mencapai tahap tertinggi dalam amalan semangat bekerjasama secara berkumpulan di tempat kerja.

 

Objektif Amalan 5S JKSNS

-Mengwujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan selamat.

-Membina budaya ‘kaizen’ (melaksanakan penambahbaikan secara berterusan) di tempat kerja.

-Meningkatkan semangat kerja berpasukan.

-Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia.

-Pengurusan stor dan dokumen yang lebih berkesan.

-Penggunaan kaedah dan piawaian urusan kerja yang jelas.

-Penggunaan ruang kerja yang optimum.

-Peluang mengurangkan rungutan pelanggan.

-Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian.

-Meningkatkan imej organisasi.