Kunjungan Hormat SUHAKAM Ke JKSNS

KOTA KINABALU– Pada hari ini 10 Oktober 2017, YAA Datuk Jasri@Nasip bin Matjakir Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Malaysia di Pejabat Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah. Kunjungan hormat SUHAKAM seramai lapan orang diketuai oleh Pesuruhjaya SUHAKAM iaitu YBhg. Profesor Dato’ Dr. Aishah binti Bidin. Pesuruhjaya SUHAKAM yang turut serta ialah Datuk Godfrey Gregory Joitol, Dato’ Mah Weng Kwai, YBhg. Dr. Nik Salida Suhaila binti Nik Salleh dan Encik Francis Johen. Manakala bagi pihak Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah yang turut serta ialah YA Tuan Ahadin bin Arinen, YA Tuan Nawawi bin Diman, YA Tuan Aderizal Pahlevi bin Mohd Zen, Puan Surayah binti Ramlee Ketua Pendaftar, Tuan Mohd Abu Hassan bin Abdullah dan Tuan Mohd Amir bin Hj Arifin, Pendaftar. Kunjungan hormat yang bermula pada jam 10.00 pagi telah berlangsung selama 2 jam. Satu taklimat khas latar belakang penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah disampaikan oleh Puan Surayah binti Ramlee, Ketua Pendaftar. Selain pengesahan persetujuan bersama bagi pelaksanaan peguam pemerhati (watching brief) di Mahkamah Syariah Negeri Sabah, antara lain isu yang sempat diperbincangkan ialah:

  1. Kerjasama bengkel bagi persediaan pelaksanaan peguam pemerhati (watching brief) di Mahkamah Syariah Negeri Sabah,
  2. Isu penasaban anak dan pendaftaran kelahiran di Negeri Sabah,
  3. Isu status pengesahan agama anak bagi kes perkahwinan campur dan,
  4. Fungsi penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah anak Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah.

Majlis kunjungan hormat ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada pihak SUHAKAM dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *