BIDANG KUASA MAHKAMAH

  • Bidangkuasa Mal

-Pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri.

-Apa-apa pelupusan atau tuntutan  harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang tersebut di atas.

-Nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan kanak-kanak.

-Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian

-Wasiat atau alang semasa marad al-maut simati Islam

-Alang semasa hidup (hibah), atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang oleh seseorang Islam

-Wakaf atau nazar dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya

-Pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat atau perlantikan wasi dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

-Penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka   seseorang simati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang   kepadanya masing-masing orang itu berhak dan perkara-perkara yang   berkaitan dengannya

-Pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang Islam   atau sebaliknya pada masa kematiannya.

-Pendaftaran dan pengambilan anak angkat dan perkara-perkara yang   berkaitan dengannya.

-Perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidangkuasa diberikan   oleh mana-mana undang-undang bertulis.

  • Bidangkuasa Jenayah

-Kesalahan-kesalahan matrimonial seperti penganiayaan isteri

-Kesalahan-kesalahan berhubung dengan salahlaku seks seperti   persetubuhan haram, khalwat dsb. 

-Kesalahan-kesalahan berhubung dengan keimanan seperti tidak   menghormati Ramadhan, minum arak, tidak membayar zakat dsb.