Brainstorming Draf Kaedah-Kaedah Harta Pusaka Orang Islam Negeri Sabah

16 APRIL 2021 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah dijemput hadir ke Mesyuarat Brainstorming Draf Kaedah-Kaedah Harta Pusaka Orang Islam Negeri Sabah yang diadakan oleh Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah di Tingkat 22 Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di Likas, Kota Kinabalu.Mesyuarat yang bermula jam 9.00 pagi ini dipengerusikan oleh Y. Bhg. Puan Dayangku Fazidah Hatun Pg. Bagul, Timbalan Peguam Besar Negeri dan telah diberi taklimat draf kaedah-kaedah oleh Puan Siti Hafsah binti Adenan, Pegawai Unit Syariah Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah.Mesyuarat antara lain membincangkan punca kuasa kerajaan negeri untuk menubuhkan Kaedah-Kaedah Harta Pusaka Orang Islam Negeri Sabah, input-input asas kepada draf kaedah dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh kedua-dua jabatan. Draf kaedah-kaedah ini dijangka siap pada awal tahun 2022.Wakil Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah yang hadir ke mesyuarat ini ialah YA Tuan Ahadin bin Arinen, YA Tuan Nawawi bin Diman, Puan Surayah binti Ramlee, Tuan Mohd Amir bin Hj Arifin dan Puan Nooryasmensharini binti Abas.Pihak Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah merakamkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah atas inisiatif memulakan tindakan bagi pewujudan Draf Kaedah-Kaedah Harta Pusaka Orang Islam Negeri Sabah ini. Kerjasama penuh akan diberikan bagi menjayakan cadangan penubuhan draf kaedah-kaedah ini pada tahun hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *