Dasar Keselamatan ICT

 

Pengenalan Kepada Dasar Keselamatan ICT

Dasar keselamatan ICT(DKICT) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia(JKSM), Jabatan Kehakiman Syariah Neger(JKSN) dan Mahkamah Syariah Daerah (MSD) mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi(ICT). Dasar ini juga menerangkan kepada semua pengguna di JKSM, JKSN dan MSD Mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset di JKSM, JKSN dan MSD.

Objektif

Dasar keselamatan ICT JKSM,JKSN dan MSD diwujudkan untuk menjamin kesinambungan urusan JKSM/JKSN dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT. Objektif utama Dasar Keselamatan ICT JKSM/JKSN dan MSD ialah seperti berikut:

(a)   Memastikan kelancaran operasi JKSM/JKSN dan MSD dan meminimumkan  kerosakan atau kemusnahan.

(b)   Melindungi kepentingan pihak-pihak yang bergantung kepada sistem maklumat dari kesan kegagalan atau

kelemahan dari segi kerahsiaan, integriti, kebolehsediaan, kesahihan maklumat  dan  komunikasi ; dan

(c)   Mencegah salah guna atau kecurian aset ICT kerajaan