Kursus Literasi Undang-undang Syariah
BENGKEL LITERASI UNDANG-UNDANG SYARIAH SIRI 3: UNDANG-UNDANG TANAH DI NEGERI SABAH 7 Ogos 2020, Kota Kinabalu, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah mengadakan Bengkel Literasi Undang-Undang Syariah Siri 3 bertajuk Undang-Undang Tanah di Negeri Sabah pada hari ini secara aplikasi Skype for Business. Bengkel ini diadakan adalah bertujuan mengenalpasti isu-isu berkaitan perintah pemilikan tanah di Negeri Sabah.Bengkel telah dirasmikan dengan ucapan alu-aluan oleh YA Tuan Samal bin Munji, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah sebagai mewakili YAA Tuan Ahmad Din bin OKK Othman, Ketua Hakim Syarie Negeri. Penganjur telah menjemput Tuan Mohd Saifurazee bin Mohamed@Hussin, Pendaftar Tanah Pejabat Tanah dan Ukur Negeri Sabah untuk menyampaikan ceramah dan seterusnya mengendalikan perbincangan.Bengkel kali ini disertai oleh seluruh Hakim Syarie dan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Sabah dan turut serta dalam bengkel ini juga ialah beberapa orang Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia di Putrajaya. Resolusi bengkel adalah perlu diadakan satu Bengkel khas di antara Mahkamah Syariah, Pejabat Tanah dan Ukur Sabah, Pejabat Peguam Besar Negeri Sabah dan beberapa agensi yang berkaitan bagi membincangkan isu hak milik Tanah Native (Native Title) dan Perintah Pentadbir Harta Pusaka Mahkamah Syariah.