Program Pengagihan Bubur Lambok Ramadhan 1443H Bersama Adabi Sabah

Program Pengagihan Bubur Lambuk Sempena Ramadan 1443H Bersama ADABI Sabah

20 April 2022 – Rabu | Satu program pengagihan bubur lambuk kepada warga Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah, Kota Kinabalu telah diadakan pada jam 2.00 petang hari ini.

Sebanyak 200 pek bubur lambuk disumbangkan oleh pihak ADABI yang telah disampaikan oleh Pengarah ADABI Sabah, Tuan Mohd Zahari Bin Mohd Nasir.

Program agihan tersebut telah dihadiri oleh Yang Amat Arif Tuan Ahmad Din Bin OKK Othman, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah bersama-sama warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah dan Mahkamah Rendah Syariah Kota Kinabalu.

Program pengagihan bubur lambuk ini merupakan program yang julung kalinya diadakan bersama pihak ADABI Sabah.