LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR TAHUN SATU DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN KOLEJ VOKASIONAL LIKAS

27 September 2022 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah buat julung kalinya menerima rombongan pelajar bagi tujuan lawatan sambil belajar dari Kolej Vokasional Likas Kota Kinabalu Sabah. Seramai 10 orang pelajar dan seorang guru pengiring iaitu Ustazah Norhayani Bnti Pelah telah hadir dalam lawatan tersebut dengan tujuan utamanya adalah memberi pendedahan kepada pelajar berhubung pengendalian dan pengurusan kes di Mahkmah Syariah melalui subjek Pengajian Islam di bawah subtopik Pentadbiran Kehakiman Islam.

- Lawatan ini telah dirasmikan oleh YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah serta mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar dari Kolej Vokasianal Likas dengan ucapan ringkas berhubung pengenalan dan sejarah penubunhan Mahkamah Syariah di Negeri Sabah. Pelajar-pelajar juga telah diberi pendedahan dan penerangan ringkas dari Tuan Mohd Yusuf Bin Nureddin berkenaan tatacara pengendalian kes di Mahkamah Syariah bermula di peringkat Mahkamah Rendah sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan.

- Pelajar-pelajar juga telah diberi peluang untuk melawat di sekitar bangunan Kompleks Makamah serta mendengar prosinding kes yang berjalan di Mahkamah Rendah yang melibatkan Permohonan Faraid di hadapan Tuan Abdul Hakim Bin Mohd Bisri.

- Jabatan mengucapkan terima kasih dan syabas kepada pegawai-pegawai yang terlibat serta Unit Pengurusan Jabatan yang di Ketuai oleh En Muhammad Imran Faiz bin Ismail dan Puan Norizah binti Taraji kerana telah Berjaya mengendalikan program lawatan ini dengan jayanya.