MAJLIS AMANAT KETUA HAKIM SYARIE 2023 | INTEGRITI DAN TAQWA TERAS ORGANISASI MADANI

6 Mac 2023, Kota Kinabalu: Yang Amat Arif Datuk Ahmad Din bin OKK Othman telah menyampaikan ucapan Majlis Amanat Ketua Hakim Syarie Negeri bertempat di Wisma Wanita dengan moto "Integriti & Taqwa Teras Organisasi Madani".
Dalam majlis tersebut, YAA Datuk menyampaikan amanat dengan empat perkara yang penting iaitu:
PERTAMA: Pembangunan integriti, yang menyeru semua pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah untuk melangitkan kejujuran dan keadilan dalam menjalankan tugas yang digalas.
KEDUA: YAA Datuk menyatakan peluang pewujudan Mahkamah Syariah di daerah-daerah lain negeri Sabah yang masih belum mempunyai tapak bangunan sendiri dan berharap agar pada masa yang terdekat mendapat peruntukan yang membolehkan membina bangunan mahkamah seterusnya memajukan pentadbiran mahkamah di daerah-daerah tersebut.
KETIGA: YAA Datuk menyampaikan amanat mengenai reformasi undang-undang, Enakmen Pentadbiran dan Perwarisan Harta Pusaka bakal digubal sebagai rang undang-undang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri dengan harapan akan menjadi rujukan di Malaysia khasnya dalam undang-undang perwarisan orang Islam.
Selain itu, YAA Datuk juga menyebut mengenai usaha dalam mewujudkan Enakmen Pengambilan dan Pengangkatan Anak yang bakal dibentangkan dalam dewan undangan negeri pada tahun ini.
KEEMPAT: YAA Datuk mengingatkan kepada seluruh warga Mahkamah Syariah Negeri Sabah khususnya mengenai kewibawaan pengurusan dan pentadbiran mahkamah syariah dan menyatakan harapan yang amat dalam agar institusi kehakiman syariah di negeri Sabah menjadi suatu medium yang dekat dengan masyarakat dan seiring maju dengan kemajuan teknologi serta kaedah pengurusan norma baharu.
Di majlis ini juga, seramai 30 orang pegawai mahkamah telah menerima watikah pelantikan terdiri daripada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Ketua Pendaftar, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Timbalan Pendaftar Mahkamah Syariah dan watikah pelantikan bagi Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Sabah.
Manakala bagi Majlis Apresiasi, pegawai mahkamah yang mengikuti aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang tahun 2022 seperti uji minda, pilihan sudut PSP, pertandingan menulis puisi, pertandingan mencipta logo jabatan, pertandingan mencipta reka bentuk kalendar dan banyak lagi, seramai 20 orang pegawai mahkamah telah menerima hadiah penghargaan.
Tidak dilupakan antara anugerah istimewa pada hari ini ialah Anugerah Khas Ketua Hakim Syarie yang telah dianugerahkan kepada Puan Nursyafiah binti Sulaiman, Pegawai Sulh Mahkamah Syariah Kota Kinabalu.
YAA Ketua Hakim Syarie turut berharap agar perhimpunan seluruh warga Mahkamah Syariah Negeri Sabah (JKSNS) pada hari ini menjadi pendorong atau satu lonjakan semangat agar seluruh pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah Negeri Sabah lebih berdaya saing dan maju seiring dengan peredaran zaman dalam berhadapan dengan klien dan masyarakat serta mengekalkan momentum kecemerlangan.