MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PASUKAN RELA

28 Julai 2023- (Jumaat) JKSNS telah mengadakan majlis perhargaan dan penyampaian sijil kepada pasukan RELA yang telah bertugas mengawal keselamatan di Kompleks Mahkamah Syariah KK selama 1 tahun 1 bulan yang berkahir pada 31/7/2023. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh YA Tn Ahadin Arinen, ucapan penghargaan oleh Puan Surayah Ramlee bagi pihak pengurusan tertinggi, ucapan dari pegawai sulh bagi pihak kakitangan dan ucapan balas oleh Tn Razali Laus mewakili pihak pasukan RELA.Turut sama hadir YA Tn Samal Munji, Tuan Abu Suffian Abu Yaziz, Tn Mohd Yusuf Nureddin,Tn Abdul Hakim Bisri, Tn Fazli Manshor,Puan Nooryasmensharini Abas, para pegawai dan seluruh warga JKSNS KK. Barisan pasukan RELA yang diraikan terdiri dari En. Mohammad Azmin Mahadi, Pn Zainab Aman, Pn Rajimah Liun, Pn Jenara Majingka, En Pantan Anak Anyau, En Raime Yusof dan En Hamzah Serin. Jabatan mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih diatas dedikasi, bakti dan perkhidmatan cemerlang pasukan RELA sepanjang menggalas tugas di JKSNS KK.