Wednesday 27-09-2023الأربعاء 12 ربيع الأول 1445هـ (27-09-2023م)
Share :
PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN PROJEK DASAR KAUNSELING DAN PELAN TINDAKAN KOMPREHENSIF PERKHIDAMATAN KAUNSELING MALAYSIA
29 Julai 2023- Sabtu- JKSNS yang diwakili oleh YA Tn Ahadin Arinen dan dibantu oleh Pn Nursyafiah Sulaiman telah mengadakan pertemuan dan perbincangan ilmiah bagi Projek Dasar Kaunseling Negara dan Pelan Tindakan Komprehensif Perkhidmatan Kaunseling di Malaysia. Pasukan projek diketuai oleh Prof Dr Najibah Mohd Zin (UIAM), Prof Madya Dr Roslina Che Soh (UIAM), Prof Madya Dr Izwan Mahmud (UKM) dan Dr Raja Madihah Raja Alias (UIAM). Tujuan pertemuan berkenaan bagi mendapatkan maklumat dan dapatan kajian tersebut akan digunakan bagi merangka dasar kaunseling negara yang lebih relevan dan komprehensif. Pihak pasukan projek menzahirkan penghargaan dan terima kasih diatas kerjasama pihak jabatan membantu mereka melengkapkan kajian tersebut. Sekalung penghargaan juga kepada pihak MUIS yang sudi menaja tempat perbincangan dan kudapan kepada rombongan.
WEB MOBILE
PEJABAT KAMI
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah Kompleks Mahkamah Syariah, Jalan Teluk Likas, 88400,Kota Kinabalu Sabah Tel : 088-286400 Fax: 088-275652 emel:webmasterjksns@esyariah.gov.my