PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH



31 Julai 2023- Isnin- Satu majlis ringkas bagi penyampaian sijil penghargaan kepada pasukan Unit Teknologi Maklumat jabatan Tuan Mohd Hisham Abd Dor dan Encik Sharizan Jamal Ansari telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah sempena kejayaan Program Muhakat Sulh Negeri Sabah yang telah ditayangkan secara langsung pada Mac, 2023. Penyampaian sijil penghargaan tersebut disempurnakan oleh YA Tn Samal Munji, turut hadir Ketua Pendaftar, Pn Surayah Ramlee. Pasukan Unit Teknologi Maklumat jabatan telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut yang merupakan program sulung yang pernah diadakan. Unit Sulh dan pihak Jabatan mengucapkan tahniah dan syabas atas dedikasi yang ditunjukkan. Penghargaan dan ucapan terima kasih juga buat ketua unit Teknologi Maklumat Tn Sabaruddin Hamid kerjasama bagi menjayakan program berkenaan.