LAWATAN KERJA KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SARAWAK




8 Ogos 2023- Selasa- Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah membuat lawatan kerja ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak. Rombongan JKSNS telah diketuai oleh YA Tuan Samal Munji, turut serta Tuan Ahadin Arinen, Tn Nawawi Diman, Pn Surayah Ramlee, Tn Ade Rizal Pahlevi Mohd Zen, Tn Mohd Yusuf Nureddin, Pn Nursyafiah Sulaiman, Tn Mohd Hisham Abd Dor, Pn Zuliza Musa, Pn Siti Halizah Yahya dan Pn Norizah Taraji JKSNS disambut mesra oleh Hakim Mahkamah Tinggi Sarawak YA Tn Mahiden Hj Sah, YA Suhardi Bujang dan para pegawai JKSS Tn Zubair Mustapha, Tn Ilham Mustapha dan Tn Yazid Bujang. Tujuan lawatan kerja dibuat disamping mengeratkan silaturrahmi  adalah untuk pertukaran maklumat dan melihat kemajuan sistem I-shariah negeri Sarawak yang menggunakan teknologi terkini dan pelan transformasi JKSS. Rombongan  begitu teruja dengan simulasi interaktif I-Shariah dengan penggunaan teknologi Artificial Intelligence yang sedang diuji cuba oleh JKSS. Majlis diakhiri dengan pertukaran cenderamata dan jamuan.