PEMBENTANGAN RANG UNDANGAN-UNDANG ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAHSYARIAH (PINDAAN)

9 Ogos 2023-Rabu- YB Datuk Hj Mohd Ariffin bin Hj Mohd Arif telah membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (pindaan) 2023 dengan meminda Seksyen 99 Enakmen tersebut yang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah Negeri Sabah bagi mengarahkan pihak-pihak untuk dirujuk ke majlis Sulh. Bacaan Rang Undang-Undang tersebut telah dibacaan kali ketiga dengan persetujuan sebulat suara Ahli Dewan Undangan Negeri setelah dibuka untuk dibahaskan. YB ADUN Kunak, YB ADUN Sindumin dan ADUN dilantik telah terlibat dalam perbahasan dan menyokong sepenuhnya Rang Undang-Undang tersebut. Tujuan pindaan dibuat bagi memperkasakan lagi Sulh sebagai medium penyelesaian pertikaian secara harmoni diantara pihak-pihak dengan lebih tuntas, menjimatkan masa dan cekap. Penghargaan dan setinggi tahniah kepada pihak jawatankuasa JAKTUS, Jawatankuasa kerja jabatan dan semua yang terlibat sehingga Rang Undang-Undang tersebut diluluskan pada hari ini.