MESYUARAT PENYELERASAN RANG UNDANG-UNDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI BERTEMPAT DI KEDIAMAN RASMI KETUA MENTERI SABAH

4 Ogos 2023- Jumaat- Puan Surayah binti Ramlee mewakili pihak Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Jawapan-Jawapan dan Rang Undang-Undang Dewan Undangan Negeri bagi Jabatan Ketua Menteri bertempat di kediaman rasmi YAB Ketua Menteri Sabah di Seri Gaya, Kota Kinabalu. Dalam mesyuarat tersebut, Puan Ketua Pendaftar telah membentangkan dan memberi penjelasan pindaan kepada Seksyen 99 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Sabah (pindaan) 2023 berkaitan memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah boleh mengarahkan puhak-pihak untuk dirujuk ke sidang Sulh kepada YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji bin Hj Noor dengan jayanya. Usul Pindaan Rang Undang-Undang tersebut akan dibawa unttuk kelulusan di Dewan Undangan Negeri Sabah pada 9 Ogos 2023. Marilah kita sama-sama berdoa agar usul pindaan Rang Undang-Undang tersebut diterima sebulat suara dan diluluskan oleh majoriti Ahli Dewan.