MULTAQA SUKAN MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA





 

Kota Kinabalu : Seramai 96 atlet dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah menyertai Multaqa Sukan Mahkamah Syariah 2023 yang berlangsung pada 24-27 Ogos 2023. Antara yang disertai atlet JKSNS adalah sukan golf, bola baling, futsal, badminton campuran lelaki dan tertutup wanita, sepak takraw, bowling, karom, dart, petaque dan larian 7 KM. Pada tahun ini kontinjen yang diketuai oleh YA Tn Nawawi bin Diman dibantu oleh Tuan Mohd Yusuf bin Nureddin telah berjaya meranggul 2 pingat emas, 6 perak dan 6 gangsa. Sepanjang pertandingan berlangsung, kesemua atlet telah menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun berdepan dengan kecederaan dan pelbagai cabaran. Moga semangat kesukanan terus berkobar di Ipoh, Perak tahun 2025 nanti.