MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH

Sumber Gambar: Jabatan Penerangan
Kota Kinabalu, Rabu - Tarikh 6 September 2023 merupakan detik bersejarah bagi warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menyempurnakan perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah di Kota Kinabalu sempena lawatan Seri Paduka Baginda ke Sabah dalam program jelajah ‘Kembara Kenali Borneo’ bermula 3 September lalu.
Turut hadir ke majlis ini adalah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Mahiruddin, Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Menteri Hal Ehwal Agama, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar serta dif-dif kehormat yang lain.
Ketika menyampaikan titah diraja tersebut, Seri Paduka Baginda bertitah agar Hakim Syarie dapat melaksanakan amanah yang diberikan dalam menyelesaikan masalah umat Islam di Sabah dengan adil dan cepat. Seusai menyempurnakan perasmian kompleks tersebut, Seri Paduka Baginda berkenan mencemar duli melawat dewan Mahkamah Rayuan serta mendengar taklimat ringkas berkaitan JKSNS yang disampaikan oleh Yang Arif Tuan Ahadin Arinen, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Seri Paduka Baginda juga turut beramah mesra dengan warga JKSNS ketika sesi fotografi dalam majlis tersebut.
Seramai 100 ahli jawatankuasa terdiri daripada kakitangan JKSNS telah bertungkus lumus membuat persediaan bagi menjayakan majlis ini dibantu agensi luar seperti PDRM, RELA dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Syabas dan tahniah diucapkan