CARIAN MAKLUMAT
  PENGUMUMAN                                            

Untuk Makluman Mahkamah Syariah Tawau telah berpindah ke lokasi sementara seperti dialamat berikut : Lot 14 & 16, Aras 1 & 2, Blok B. Pusat Komersial Taipan, Jalan Kuhara, 91043 Tawau



  GALERI
Bullets Foto
Bullets Audio
Bullets Video

 

 

 
SUMBER
Bullets Enakmen
Bullets Jadual Mahkamah
Bullets Pekeliling KHS
Bullets Semak Status Kes
Bullets Penerbitan
Bullets Dasar Keselamatan ICT
Bullets ISP JKSM
Bullets Statistik Kes Mahkamah

Bullets

Manual Prosedur Kerja
 
KUALITI
Bullets MS ISO 9001:2008
Bullets 5S
Cetak

 

PENGKELASAN KES MAL


 

Istilah ‘mal’ sebenarnya merujuk kepada harta tetapi dalam konteks perundangan, ia merujuk kepada kes-kes bukan jenayah. Bidang kuasa mal bagi Mahkamah Syariah terpakai kepada semua orang Islam yang tinggal pemastautin negeri-negeri. Dan sebenarnya, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa mal yang hampir menyeluruh dan merangkumi banyak aspek kekeluargaan Islam:

Terdapat 2 jenis kategori pendaftaran kes MAL yang boleh dibuat di Mahkamah Syariah iaitu:
1. Kes Tuntutan; dan
2. Kes Permohonan.

Kes Tuntutan - ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan SAMAN berserta PENYATA TUNTUTAN.

Kes Permohonan - ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan NOTIS PERMOHONAN berserta AFIDAVIT SOKONGAN.


Penerangan Mengenai Kes Mal


1.) Berkaitan dengan isu-isu sebelum perkahwinan.

Seperti putus tunang, permohonan kebenaran untuk berkahwin dan permohonan untuk berpoligami.

2.) Berkaitan dengan persoalan semasa perkahwinan.

Seperti permohonan mengesahkan perkahwinan, permohonan membatalkan perkahwinan yang tidak sah, permohonan nafkah diri, nafkah anak, mensabitkan isteri nusyuz, permohonan isteri supaya suami hidup bersama semula dan sebagainya.

3.) Berkaitan dengan persoalan pembubaran perkahwinan.

Permohonan cerai khulu’,li’an, fasakh, talak, ta’liq, perceraian dengan perintah, kerana murtad dan juga secara anggapan mati.

4.) Sebarang permohonan di dalam sesuatu kes sedang berjalan (interlocutory order)

Contohnya, permohonan sementara nafkah sama ada diri dan anak, hadanah, perintah larangan terhadap harta dan gangguan.

Bagi perkara ini, bukanlah sesuatu yang luar biasa satu-satu kes perbicaraan mengambil masa yang lama, kerana terlalu banyak isu yang perlu diselesaikan. Dalam sepanjang tempoh berkenaan, banyak perkara yang timbul yang perlu diselesaikan oleh pihak mahkamah. Sekiranya tidak diselesaikan, akan menyebabkan ketidakadilan dan aniaya kepada pihak-pihak yang terlibat. Oleh yang demikian, undang-undang memberikan ruang supaya pihak-pihak yang terlibat ketika menanti keputusan yang jelas dari pihak mahkamah dibenarkan untuk membuat permohonan sementara, sementara perbicaraan dijalankan. Umpamanya, adalah sangat wajar bagi seorang wanita memohon larangan (injunksi) terhadap bekas suaminya untuk tidak mengganggunya. Begitu juga memohon perintah larangan agar harta yang dimiliki secara bersama tidak dibenarkan untuk dilibatkan dalam sebarang urusan.

5.) Isu-isu yang berbangkit selepas perceraian.

Perkara-perkara ini boleh dirujuk di mahkamah yang ada bidang kuasanya, iaitu selepas perceraian berlaku. Umpamanya, sagu hati (mutaah) selepas perceraian, harta sepencarian, nafkah iddah, nafkah anak, nafkah tertunggak dan juga soal hadanah (penjagaan anak).


6.) Permohonan-permohonan mengenai wasiat, wakaf dan harta pusaka.

7.) Permohonan penguatkuasaan perintah mahkamah.

Ini berlaku apabila keputusan yang dikeluarkan tidak diikuti oleh pihak yang kena tanggungan. Maka, pihak-pihak yang satu lagi boleh menuntut supaya perintah-perintah yang dikeluarkan itu dikuatkuasakan oleh pihak mahkamah.

 
jata_sabah
pemudah_s
bpa
jbg
Logo_Jabatan_Kemajuan_Islam_Malaysia_(JAKIM) copy
Logo-JPA
logo-INTAN
logo_mygov
mysms
logo-mampu
bhuee
logo_iim
MyIdeas-Logo
mdec_logo copy
logo-myeg
LOGO-1-MSIA
MSC_logo copy
esyariah
                                                                  Pautan Ke Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri

jata

30px-Flag_of_Perlis.svg

30px-Flag_of_Kedah.svg

penang_flag

50px-Flag_of_Perak.svg

flag_terengganu

40px-Flag_of_Kelantan.svg

Pahang flag

selangor

flag-Kl

flag_of_negeri_sembilan.svg

flag_melaka

30px-Flag_of_Johor.svg

flag_sarawak

  HUBUNGI KAMI     WAKTU URUSAN PEJABAT     UNDIAN     STATISTIK PELAWAT  
 
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH
Tingkat 2, Blok B, Bangunan Wisma MUIS,
Beg Berkunci 130,88734 Kota Kinabalu,
Sabah

Tel : 088-253579      Faks : 088-263475

Ikuti Kami :
Facebook-SMS

 

Dasar Privasi
|
|
 
 
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup    
 
Kemaskini Terakhir : 10 Oktober 2016  
Tarikh : Isnin, 11 Disember 2017   23. Rabiul Awal 1439
 
Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer
Dengan Resolusi 1024 x 800
 

Hakcipta Terpelihara © 2010 JKSN Sabah

 
 
Sila Buat Salah Satu Pilihan Anda
 
   

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini :114
mod_vvisit_counterKelmarin :16
mod_vvisit_counterMinggu Ini :114
mod_vvisit_counterBulan Ini :802
mod_vvisit_counterKeseluruhan :871704

 

Login JKSNS