CARIAN MAKLUMAT
  PENGUMUMAN                                            

Untuk Makluman Mahkamah Syariah Tawau telah berpindah ke lokasi sementara seperti dialamat berikut : Lot 14 & 16, Aras 1 & 2, Blok B. Pusat Komersial Taipan, Jalan Kuhara, 91043 Tawau



  GALERI
Bullets Foto
Bullets Audio
Bullets Video

 

 

 
SUMBER
Bullets Enakmen
Bullets Jadual Mahkamah
Bullets Pekeliling KHS
Bullets Semak Status Kes
Bullets Penerbitan
Bullets Dasar Keselamatan ICT
Bullets ISP JKSM
Bullets Statistik Kes Mahkamah

Bullets

Manual Prosedur Kerja
 
KUALITI
Bullets MS ISO 9001:2008
Bullets 5S
Cetak

 

Jabatan Kehakiman Syariah Sabah Perlu Miliki Bangunan Sendiri - Jamil Khir


KOTA KINABALU, 27 Jan (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jabatan Kehakiman Syariah Sabah perlu mempunyai bangunan sendiri bagi memudahkan urusan pentadbirannya.

Beliau berkata ia juga bagi membolehkan sidang mahkamah dapat dikendalikan dalam keadaan selesa.

"Saya ingat dalam mempertingkatkan mahkamah syariah, kerajaan negeri bersama Jabatan Kerhakiman Syarie Malaysia (JKSM) paling kita lihat ialah apabila prasarana kita perkemaskan di peringkat negeri. Ia akan lebih membantu mempercepatkan kes di negeri masing-masing.

"Maksudnya. kalau kita ada tempat yang lebih selesa dengan bangunan lebih tersusun termasuk dengan kesungguhan semua pihak, mahkamah syariah akan dapat bergerak maju ke hadapan kerana ukuran (kecekapan) mahkamah ialah penyelesaian kes-kes yang didaftarkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Jabatan Kehakiman Syariah Sabah di sini hari ini.

Hadir sama ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd Ariffin Arif, Ketua Pengarah JKSM Tan Sri Ibrahim Lembut dan Ketua Hakim Syarie Sabah Datuk Jasri@Nasip Jakir.

Jamil Khir berkata kementeriannya yang mewakili kerajaan persekutuan akan berusaha sedaya upaya untuk memohon kepada kerajaan agar memperuntukkan segera bajet bagi pembinaan kompleks mahkamah syariah di Sabah di tapak yang sudah tersedia.

Katanya sebelum ini kerajaan persekutuan sudah meluluskan peruntukan untuk pembinaan kompleks berkenaan, namun disebakan masalah tapak yang belum selesai ketika itu dan tempoh penyelesaiannya pula tidak menentu, maka peruntukan berkenaan telah dipindahkan ke tempat lain.

Menurutnya memandangkan masalah tapak sudah selesai maka pihaknya akan berusaha memohon semula peruntukan daripada kerajaan persekutuan untuk tujuan itu dan kos pembinaan kompleks itu kini dianggarkan bernilai RM54 juta berbanding RM30 juta sebelumnya.

Mengenai perbuatan memuat turun ayat al-Quran dalam laman sosial dan telefon pintar, Jamil Khir menasihati semua pihak supaya merujuk kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri terlebih dahulu bagi memastikan ayat-ayat berkenaan adalah betul.
 
jata_sabah
pemudah_s
bpa
jbg
Logo_Jabatan_Kemajuan_Islam_Malaysia_(JAKIM) copy
Logo-JPA
logo-INTAN
logo_mygov
mysms
logo-mampu
bhuee
logo_iim
MyIdeas-Logo
mdec_logo copy
logo-myeg
LOGO-1-MSIA
MSC_logo copy
esyariah
                                                                  Pautan Ke Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri

jata

30px-Flag_of_Perlis.svg

30px-Flag_of_Kedah.svg

penang_flag

50px-Flag_of_Perak.svg

flag_terengganu

40px-Flag_of_Kelantan.svg

Pahang flag

selangor

flag-Kl

flag_of_negeri_sembilan.svg

flag_melaka

30px-Flag_of_Johor.svg

flag_sarawak

  HUBUNGI KAMI     WAKTU URUSAN PEJABAT     UNDIAN     STATISTIK PELAWAT  
 
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH
Tingkat 2, Blok B, Bangunan Wisma MUIS,
Beg Berkunci 130,88734 Kota Kinabalu,
Sabah

Tel : 088-253579      Faks : 088-263475

Ikuti Kami :
Facebook-SMS

 

Dasar Privasi
|
|
 
 
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup    
 
Kemaskini Terakhir : 10 Oktober 2016  
Tarikh : Jumaat, 20 Oktober 2017   29. Muharam 1439
 
Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer
Dengan Resolusi 1024 x 800
 

Hakcipta Terpelihara © 2010 JKSN Sabah

 
 
Sila Buat Salah Satu Pilihan Anda
 
   

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini :20
mod_vvisit_counterKelmarin :180
mod_vvisit_counterMinggu Ini :934
mod_vvisit_counterBulan Ini :4423
mod_vvisit_counterKeseluruhan :865845

 

Login JKSNS