CARIAN MAKLUMAT
  PENGUMUMAN                                            

Untuk Makluman Mahkamah Syariah Tawau telah berpindah ke lokasi sementara seperti dialamat berikut : Lot 14 & 16, Aras 1 & 2, Blok B. Pusat Komersial Taipan, Jalan Kuhara, 91043 Tawau



  GALERI
Bullets Foto
Bullets Audio
Bullets Video

 

 

 
SUMBER
Bullets Enakmen
Bullets Jadual Mahkamah
Bullets Pekeliling KHS
Bullets Semak Status Kes
Bullets Penerbitan
Bullets Dasar Keselamatan ICT
Bullets ISP JKSM
Bullets Statistik Kes Mahkamah

Bullets

Manual Prosedur Kerja
 
KUALITI
Bullets MS ISO 9001:2008
Bullets 5S
Cetak

KUALA LUMPUR: Bekas aktivis politik dan sosial Dr Kassim Ahmad hari ini gagal dalam cubaannya mencabar keputusan pendakwa untuk menghadapkannya ke Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya Syariah atas tuduhan menghina Islam dan tidak mematuhi arahan pihak berkuasa agama.

Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas), Datuk Zaleha Yusof, menolak permohonan Kassim untuk mendapatkan semakan semula kehakiman bagi mencabar keputusan tersebut dan memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu (permohonan kebenaran).

 

Beliau membuat keputusan itu di dalam kamar selepas membenarkan bantahan awal Jabatan Peguam Negara (JPN) terhadap permohonan Kassim itu.

Kassim diwakili peguam Rosli Dahlan, manakala Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pendakwa Syariah Wilayah Persekutuan Ibrahim Deris, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Kerajaan Malaysia, yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan Kassim itu.

Suzana memberitahu pemberita bahawa mahkamah membenarkan bantahan itu kerana bersetuju dengan hujah JPN bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut.

Katanya, hakim berkenaan juga memutuskan bahawa perkara itu terletak di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.

Bercakap kepada pemberita, Rosli berkata beliau akan segera mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah itu memandangkan Mahkamah Syariah Putrajaya telah menetapkan Khamis ini sebagai tarikh untuk mendengar kes Kassim.
Pada 27 Mac, Kassim mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan menghina Islam dan mengingkari perintah pihak berkuasa agama.

Rosli berkata, Zaleha menolak permohonan Kassim untuk mendapatkan kebenaran memohon mendapatkan semakan semula kehakiman kerana beliau terikat dengan keputusan mahkamah Persekutuan tentang bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Pada 9 Julai, AGC memfailkan bantahan awal dengan alasan mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan Kassim kerana terdapat satu kes jenayah syariah melibatkan beliau, yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.

Pada hari berkenaan, Suzana berhujah bahawa Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa kerana perkara berkenaan terletak di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.

Kassim, 81, memfailkan permohonan pada 26 Jun, bagi memohon, antara lain, writ perintah certiorari bagi mengetepikan keputusan ketua pendakwa syarie pada 27 Mac untuk mendakwa beliau kerana menghina Islam dan mengingkari perintah pihak berkuasa agama di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.

Beliau juga memohon agar prosiding kesnya di Mahkamah Tinggi Syariah ditangguhkan sementara menunggu keputusan semakan semula kehakiman.

Kassim turut memohon perintah bagi mengetepikan tindakan dan keputusan pegawai penguatkuasa Jawi, yang didakwa menyerbu, menggeledah dan merampas bahan penerbitan serta membuat pemeriksaan, menahan dan memindahkan beliau dari Kedah ke Wilayah Persekutuan.

Di samping itu, beliau juga memohon perintah untuk mengetepikan sebarang waran tangkap, geledah, rampasan dan bon yang mempunyai kaitan dengannya; perisytiharan bahawa tindakan pegawai dan pendakwaan Jawi terhadapnya adalah ultra vires dan bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Akta Syariah Wilayah Persekutuan dan Enakmen Syariah Kedah; dan perisytiharan bahawa kesalahan melanggar fatwa yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan, hanya terpakai bagi penduduk Wilayah Persekutuan.

- BERNAMA

 
jata_sabah
pemudah_s
bpa
jbg
Logo_Jabatan_Kemajuan_Islam_Malaysia_(JAKIM) copy
Logo-JPA
logo-INTAN
logo_mygov
mysms
logo-mampu
bhuee
logo_iim
MyIdeas-Logo
mdec_logo copy
logo-myeg
LOGO-1-MSIA
MSC_logo copy
esyariah
                                                                  Pautan Ke Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri

jata

30px-Flag_of_Perlis.svg

30px-Flag_of_Kedah.svg

penang_flag

50px-Flag_of_Perak.svg

flag_terengganu

40px-Flag_of_Kelantan.svg

Pahang flag

selangor

flag-Kl

flag_of_negeri_sembilan.svg

flag_melaka

30px-Flag_of_Johor.svg

flag_sarawak

  HUBUNGI KAMI     WAKTU URUSAN PEJABAT     UNDIAN     STATISTIK PELAWAT  
 
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH
Tingkat 2, Blok B, Bangunan Wisma MUIS,
Beg Berkunci 130,88734 Kota Kinabalu,
Sabah

Tel : 088-253579      Faks : 088-263475

Ikuti Kami :
Facebook-SMS

 

Dasar Privasi
|
|
 
 
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup    
 
Kemaskini Terakhir : 10 Oktober 2016  
Tarikh : Isnin, 11 Disember 2017   23. Rabiul Awal 1439
 
Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer
Dengan Resolusi 1024 x 800
 

Hakcipta Terpelihara © 2010 JKSN Sabah

 
 
Sila Buat Salah Satu Pilihan Anda
 
   

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini :91
mod_vvisit_counterKelmarin :16
mod_vvisit_counterMinggu Ini :91
mod_vvisit_counterBulan Ini :779
mod_vvisit_counterKeseluruhan :871681

 

Login JKSNS