CARIAN MAKLUMAT
  PENGUMUMAN                                            

Untuk Makluman Mahkamah Syariah Tawau telah berpindah ke lokasi sementara seperti dialamat berikut : Lot 14 & 16, Aras 1 & 2, Blok B. Pusat Komersial Taipan, Jalan Kuhara, 91043 Tawau



  GALERI
Bullets Foto
Bullets Audio
Bullets Video

 

 

 
SUMBER
Bullets Enakmen
Bullets Jadual Mahkamah
Bullets Pekeliling KHS
Bullets Semak Status Kes
Bullets Penerbitan
Bullets Dasar Keselamatan ICT
Bullets ISP JKSM
Bullets Statistik Kes Mahkamah

Bullets

Manual Prosedur Kerja
 
KUALITI
Bullets MS ISO 9001:2008
Bullets 5S
Cetak

Rozana dakwa Awie kemuka surat nikah palsu, tidak daftar nikah di Malaysia

 

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Isteri penyanyi dan pelakon, Awie telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah hak penjagaan sementara (hadanah) ke atas tiga anak mereka yang diperoleh artis itu dengan mendakwa suaminya telah mengemukakan surat perakuan nikah palsu selain pernikahan mereka tidak pernah didaftarkan di negara ini.

Rozana Misbun, 36, turut mendakwa perintah tersebut adalah tidak sah kerana Mahkamah Tinggi Syariah di sini yang mengeluarkan perintah itu tidak mempunyai bidang kuasa ke atasnya mahupun suaminya setelah Awie didakwa sengaja memanipulasi fakta tentang alamat kediamannya untuk mengelak daripada permohonan itu didengar di bawah bidang kuasa mahkamah negeri Selangor.

Perkara tersebut terkandung dalam afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Rozana dalam permohonannya untuk mengetepikan perintah hak penjagaan sementara ketiga-tiga anak mereka yang diperoleh Awie di mahkamah tersebut pada 21 Julai lalu.

Rozana turut memohon untuk membatalkan permohonan injunksi yang difailkan secara ex-parte (sebelah pihak) oleh Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 46, pada 16 Julai lalu untuk menghalang Rozana daripada mendekati atau menghubunginya dan anak-anak mereka dalam apa jua cara sekalipun.

Rozana memfailkan permohonan tersebut pada 8 Ogos lalu atas alasan, Mahkamah Tinggi Syariah di sini tiada bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan kedua-dua perintah itu. Permohonan Rozana tersebut dijadualkan didengar di mahkamah berkenaan, Khamis ini.

Pada 21 Julai lalu, Hakim Syarie, Nassir Abdul Aziz dalam keputusannya membenarkan Awie mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga anaknya itu selain membenarkan permohonan injunksi.

Bagaimanapun, Rozana dibenarkan melawat anak-anak mereka, Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4, sebanyak dua kali sebulan iaitu pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan serta terhad di bekas rumah kelamin pasangan itu sahaja.

Dalam permohonan tersebut, Rozana mendakwa, Awie telah mengemukakan fakta-fakta yang salah dan tidak benar untuk mendapatkan perintah sementara itu melalui afidavit sokongan penyanyi itu.

Menurut Rozana lagi, mereka berdua berkahwin pada 20 Jun 2005 di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Selatan Thailand dan pernikahan tersebut sehingga kini tidak pernah didaftarkan di negara ini.

Berikutan itu, dia mendakwa Awie telah mengemukakan surat perakuan nikah palsu dalam afidavit sokongannya ketika prosiding hak penjagaan anaknya berlangsung.

Rozana juga menyatakan, melalui semakan status pendaftaran pernikahan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada Julai lalu, dia telah dimaklumkan bahawa surat perakuan nikah yang dikemukakan oleh Awie, tidak terdapat dalam Daftar Perkahwinan Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam negeri tersebut.

Sehubungan itu, Rozana mendakwa perintah yang dikeluarkan kepada suaminya itu adalah tidak sah kerana mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa sama ada ke atasnya mahupun Awie.

Awie juga menurut pihak pemohon, telah dengan sengaja mengisytiharkan alamat kediamannya (pemastautin) dalam dokumen tersebut yang berbeza dengan alamat tempat tinggal Rozana dan anak-anaknya seperti tertera dalam sijil kelahiran mereka untuk mengelak daripada permohonan itu didengar di mahkamah syariah Selangor.

Justeru itu, Rozana memohon supaya afidavit sokongan Awie yang diikrarkan pada 14 Julai lalu, dibatalkan.

Di samping itu, menurut wanita itu, dia telah keluar dari rumahnya di Taman Ukay Bistari untuk keselamatan dirinya namun pelakon itu telah menggunakan situasi tersebut untuk menghalangnya membawa atau berjumpa anak-anak.

Rozana turut menyatakan, dia telah mendapat perintah perlindungan sementara (IPO) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang pada 7 Jun lalu setelah dicederakan oleh suaminya itu pada 2 Jun lalu.

Dakwanya lagi, laporan perubatan hasil imbasan x-ray ke atasnya, didapati tulang rusuk kirinya mengalami keretakan.

Melalui permohonan itu, Rozana juga memohon kos RM100,000 untuk dibayar oleh Awie kepadanya bagi perintah hak penjagaan sementara yang diperoleh sebelah pihak atas fakta yang didakwa sebagai tidak benar dan serta kos ditanggung sepenuhnya oleh artis itu.

Pada 4 Julai lalu, Awie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini atas tuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah kepada Rozana di rumah mereka di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Ampang dekat ini, kira-kira pukul 1.30 petang, 2 Jun lalu.

Pertuduhan terhadap pelakon utama filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

 
jata_sabah
pemudah_s
bpa
jbg
Logo_Jabatan_Kemajuan_Islam_Malaysia_(JAKIM) copy
Logo-JPA
logo-INTAN
logo_mygov
mysms
logo-mampu
bhuee
logo_iim
MyIdeas-Logo
mdec_logo copy
logo-myeg
LOGO-1-MSIA
MSC_logo copy
esyariah
                                                                  Pautan Ke Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri

jata

30px-Flag_of_Perlis.svg

30px-Flag_of_Kedah.svg

penang_flag

50px-Flag_of_Perak.svg

flag_terengganu

40px-Flag_of_Kelantan.svg

Pahang flag

selangor

flag-Kl

flag_of_negeri_sembilan.svg

flag_melaka

30px-Flag_of_Johor.svg

flag_sarawak

  HUBUNGI KAMI     WAKTU URUSAN PEJABAT     UNDIAN     STATISTIK PELAWAT  
 
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH
Tingkat 2, Blok B, Bangunan Wisma MUIS,
Beg Berkunci 130,88734 Kota Kinabalu,
Sabah

Tel : 088-253579      Faks : 088-263475

Ikuti Kami :
Facebook-SMS

 

Dasar Privasi
|
|
 
 
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup    
 
Kemaskini Terakhir : 10 Oktober 2016  
Tarikh : Isnin, 11 Disember 2017   23. Rabiul Awal 1439
 
Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer
Dengan Resolusi 1024 x 800
 

Hakcipta Terpelihara © 2010 JKSN Sabah

 
 
Sila Buat Salah Satu Pilihan Anda
 
   

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini :94
mod_vvisit_counterKelmarin :16
mod_vvisit_counterMinggu Ini :94
mod_vvisit_counterBulan Ini :782
mod_vvisit_counterKeseluruhan :871684

 

Login JKSNS