CARIAN MAKLUMAT
  PENGUMUMAN                                            

Untuk Makluman Mahkamah Syariah Tawau telah berpindah ke lokasi sementara seperti dialamat berikut : Lot 14 & 16, Aras 1 & 2, Blok B. Pusat Komersial Taipan, Jalan Kuhara, 91043 Tawau



  GALERI
Bullets Foto
Bullets Audio
Bullets Video

 

 

 
SUMBER
Bullets Enakmen
Bullets Jadual Mahkamah
Bullets Pekeliling KHS
Bullets Semak Status Kes
Bullets Penerbitan
Bullets Dasar Keselamatan ICT
Bullets ISP JKSM
Bullets Statistik Kes Mahkamah

Bullets

Manual Prosedur Kerja
 
KUALITI
Bullets MS ISO 9001:2008
Bullets 5S
Cetak
KUALA LUMPUR 30 Sept. - Penerbit dan pelakon, A. Aida hari ini memfailkan saman penghutang penghakiman terhadap bekas suaminya, Deputi Supritendan (DSP) Suffian Sulaiman kerana didakwa gagal membayar nafkah anak lelaki tunggal mereka sejak bercerai tahun lalu. Aida memfailkan saman itu mengikut Seksyen 176 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah di sini. Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, 42, diwakili peguam syarie Zulkifli Che Yong. Sebutan kes itu kemudian ditetapkan 16 Oktober ini di Mahkamah Rendah Syariah. Sementara itu ketika ditemui pemberita setelah selesai proses berkenaan, Aida berkata, tindakan itu diambil kerana terkilan dengan sikap Suffian yang didakwa tidak membayar nafkah sebanyak RM300 sebulan dan yuran persekolahan RM1,000 sebulan kepada anak mereka Muhammad Rahul, 6, yang bersekolah di sekolah swasta. Tegas Aida, bekas suaminya berkemampuan untuk menanggung perbelanjaan anaknya itu. "Itu adalah hak anak dan saya akan berjuang untuk haknya kerana mahkamah telah beri perintah jadi dia kena bayar. Kalau dia tak nak bayar sekarang, fikirlah sendiri kesannya di 'dunia satu lagi'," katanya. Kata Aida, sejak bercerai sehinggalah sekarang mereka tidak berhubungan namun Suffian akan menghubungi pembantu rumahnya berhubung hal anak mereka. Dia juga mendakwa, Suffian yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik, Bukit Aman hanya menemui anak mereka sekali dalam tempoh dua atau tiga bulan. Aida juga memberitahu, peguamnya telah menghubungi peguam yang mewakili Suffian untuk memaklumkan mengenai saman itu. Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai jodohnya, pemilik syarikat produksi A. Aida Production itu berkata, buat masa ini dia tidak terfikir untuk berkahwin lagi dan bahagia dengan kehidupan sekarang. "Saya sibuk dengan kerja ditambah tugas sebagai Naib Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM)," katanya. Penerbit drama popular Halimah Jongang itu bernikah dengan Suffian pada 20 April 2007 namun mereka bercerai dengan talak dua pada 2 Mei tahun lalu. Mahkamah merekodkan kedua-dua pihak bersetuju menjaga Muhammad Rahul bersama namun hak jagaan kekal diberikan kepada Aida manakala Suffian dibenarkan hak melawat dua kali sebulan. Mahkamah juga memerintahkan Suffian membayar idah RM3,000 kepada Aida selaku plaintif dan nafkah anak RM300 sebulan selain membenarkan permohonan plaintif memberi sebuah rumah yang didaftarkan bersama kepada anak lelaki mereka Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20141001/ma_03/A-Aida-dakwa-bekas-suami-gagal-bayar-nafkah-anak#ixzz3ErU0v7ZY © Utusan Melayu (M) Bhd
 
jata_sabah
pemudah_s
bpa
jbg
Logo_Jabatan_Kemajuan_Islam_Malaysia_(JAKIM) copy
Logo-JPA
logo-INTAN
logo_mygov
mysms
logo-mampu
bhuee
logo_iim
MyIdeas-Logo
mdec_logo copy
logo-myeg
LOGO-1-MSIA
MSC_logo copy
esyariah
                                                                  Pautan Ke Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri

jata

30px-Flag_of_Perlis.svg

30px-Flag_of_Kedah.svg

penang_flag

50px-Flag_of_Perak.svg

flag_terengganu

40px-Flag_of_Kelantan.svg

Pahang flag

selangor

flag-Kl

flag_of_negeri_sembilan.svg

flag_melaka

30px-Flag_of_Johor.svg

flag_sarawak

  HUBUNGI KAMI     WAKTU URUSAN PEJABAT     UNDIAN     STATISTIK PELAWAT  
 
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH
Tingkat 2, Blok B, Bangunan Wisma MUIS,
Beg Berkunci 130,88734 Kota Kinabalu,
Sabah

Tel : 088-253579      Faks : 088-263475

Ikuti Kami :
Facebook-SMS

 

Dasar Privasi
|
|
 
 
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup    
 
Kemaskini Terakhir : 10 Oktober 2016  
Tarikh : Isnin, 11 Disember 2017   23. Rabiul Awal 1439
 
Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer
Dengan Resolusi 1024 x 800
 

Hakcipta Terpelihara © 2010 JKSN Sabah

 
 
Sila Buat Salah Satu Pilihan Anda
 
   

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini :81
mod_vvisit_counterKelmarin :16
mod_vvisit_counterMinggu Ini :81
mod_vvisit_counterBulan Ini :769
mod_vvisit_counterKeseluruhan :871671

 

Login JKSNS