CARIAN MAKLUMAT
  PENGUMUMAN                                            

Untuk Makluman Mahkamah Syariah Tawau telah berpindah ke lokasi sementara seperti dialamat berikut : Lot 14 & 16, Aras 1 & 2, Blok B. Pusat Komersial Taipan, Jalan Kuhara, 91043 Tawau



  GALERI
Bullets Foto
Bullets Audio
Bullets Video

 

 

 
SUMBER
Bullets Enakmen
Bullets Jadual Mahkamah
Bullets Pekeliling KHS
Bullets Semak Status Kes
Bullets Penerbitan
Bullets Dasar Keselamatan ICT
Bullets ISP JKSM
Bullets Statistik Kes Mahkamah

Bullets

Manual Prosedur Kerja
 
KUALITI
Bullets MS ISO 9001:2008
Bullets 5S
Cetak

Bernama |Kemas kini:November 10, 2014
(Diterbitkan pada: November 10, 2014 21:46 MYT)

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan secepat mungkin berhubung keputusan Mahkamah Rayuan bahawa undang-undang jenayah syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam melanggar Perlembagaan Persekutuan. Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri menghormati keputusan Mahkamah Rayuan namun berpendapat kes ini perlu didengar semula oleh Mahkamah Persekutuan kerana Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) itu perlu dilihat dari segi aspek agama, bukannya aspek-aspek yang lain. "Jadi, kita akan tekankan di situ bahawa ini adalah hukum yang terbitnya dari sumber agama. Jadi, saya akan failkan secepat mungkin dan saya akan membawa juga Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sebagai pencelah. "Saya harap semua Majlis Agama Islam di negeri-negeri yang lain akan bersama-sama untuk mencelah dalam rayuan kita," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Katanya kes ini amat penting dan jika tidak ditangani dengan baik ia akan membuka suatu keadaan yang mana akan terjadi sesuatu yang amat tidak baik kepada kesucian agama Islam di negara ini. "Kita akan dapatkan peguam yang bagus untuk memfailkan rayuan," kata Mohamad. Pada Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa golongan lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah dan tidak sah di sisi Perlembagaan. Panel tiga hakim mahkamah itu yang dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membuat ketetapan tersebut selepas membenarkan rayuan tiga lelaki yang bekerja sebagai mak andam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu.




 
jata_sabah
pemudah_s
bpa
jbg
Logo_Jabatan_Kemajuan_Islam_Malaysia_(JAKIM) copy
Logo-JPA
logo-INTAN
logo_mygov
mysms
logo-mampu
bhuee
logo_iim
MyIdeas-Logo
mdec_logo copy
logo-myeg
LOGO-1-MSIA
MSC_logo copy
esyariah
                                                                  Pautan Ke Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri

jata

30px-Flag_of_Perlis.svg

30px-Flag_of_Kedah.svg

penang_flag

50px-Flag_of_Perak.svg

flag_terengganu

40px-Flag_of_Kelantan.svg

Pahang flag

selangor

flag-Kl

flag_of_negeri_sembilan.svg

flag_melaka

30px-Flag_of_Johor.svg

flag_sarawak

  HUBUNGI KAMI     WAKTU URUSAN PEJABAT     UNDIAN     STATISTIK PELAWAT  
 
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH
Tingkat 2, Blok B, Bangunan Wisma MUIS,
Beg Berkunci 130,88734 Kota Kinabalu,
Sabah

Tel : 088-253579      Faks : 088-263475

Ikuti Kami :
Facebook-SMS

 

Dasar Privasi
|
|
 
 
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup    
 
Kemaskini Terakhir : 10 Oktober 2016  
Tarikh : Jumaat, 20 Oktober 2017   29. Muharam 1439
 
Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer
Dengan Resolusi 1024 x 800
 

Hakcipta Terpelihara © 2010 JKSN Sabah

 
 
Sila Buat Salah Satu Pilihan Anda
 
   

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini :21
mod_vvisit_counterKelmarin :180
mod_vvisit_counterMinggu Ini :935
mod_vvisit_counterBulan Ini :4424
mod_vvisit_counterKeseluruhan :865846

 

Login JKSNS