CARIAN MAKLUMAT
  PENGUMUMAN                                            

Untuk Makluman Mahkamah Syariah Tawau telah berpindah ke lokasi sementara seperti dialamat berikut : Lot 14 & 16, Aras 1 & 2, Blok B. Pusat Komersial Taipan, Jalan Kuhara, 91043 Tawau



  GALERI
Bullets Foto
Bullets Audio
Bullets Video

 

 

 
SUMBER
Bullets Enakmen
Bullets Jadual Mahkamah
Bullets Pekeliling KHS
Bullets Semak Status Kes
Bullets Penerbitan
Bullets Dasar Keselamatan ICT
Bullets ISP JKSM
Bullets Statistik Kes Mahkamah

Bullets

Manual Prosedur Kerja
 
KUALITI
Bullets MS ISO 9001:2008
Bullets 5S
Cetak

 

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa melancarkan Model Indeks Syariah Malaysia yang merupakan satu produk pelengkap tadbir urus Islam yang pertama seumpamanya di dunia.

Perdana Menteri berkata, model ini mempunyai nilai perintis yang menyeluruh, komprehensif dan bermodelkan Malaysia.

Menurutnya, ia mencakupi lapan bidang utama iaitu perundangan, politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan, budaya, prasarana dan persekitaran serta sosial.

"Untuk setiap satu bidang ini, tahap penyempurnaan lima aspek dalam Maqasid (Objektif) Syariah iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta akan diindeks dan kemudian hasilnya diuruskan untuk mencapai kesempurnaan syariah.

"Kita akan mengukur dan menyemak sama ada dasar dan program yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui kementerian dan agensi berkaitan, menepati atau tidak dengan apa yang terkandung dalam tuntutan Maqasid Syariah itu.

"Sebagai contoh, sesuatu dasar itu mungkin patuh Syariah. Tetapi yang juga penting adalah bagaimana dasar itu dilaksanakan dengan adil, cekap dan tepat pada sasarannya," kata perdana menteri ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Perdana Ulama-Umara' 2015 dan Pelancaran Indeks Syariah Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Selasa.

Majlis itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Najib berkata, pembangunan Model Indeks Syariah Malaysia ini akan dikendalikan jawatankuasa khas yang diterajui Jakim dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Perdana Menteri berkata, Indeks Syariah Malaysia itu bukan semata-mata untuk mengukur usaha membabitkan tahap pencapaian dalam menterjemahkan prinsip dan nilai Islam.

Sehubungan itu katanya, masyarakat bukan Islam juga akan menerima manfaat di sebalik penggunaan indeks ini kerana ia bertujuan  mencari ruang untuk penambahbaikan.

Sementara itu, Najib berkata, jawatankuasa khas iaitu Panel Jawatankuasa Tadbir Urus Indeks Syariah Malaysia ditubuhkan sebagai badan pelaksana dan pemantau indeks secara sepenuh masa.

"Badan ini juga akan diberi kuasa untuk menilai tahap kesungguhan semua pihak yang terbabit dalam menjayakan agenda melaksanakan Maqasid Syariah.

"Panel jawatankuasa ini akan dianggotai tokoh dan pakar dalam bidang dasar dan polisi, syariah, indeks dan ekonomi Islam serta wakil badan bukan kerajaan (NGO) Islam," katanya.

Menurut Najib, kerajaan akan membentangkan kepada rakyat laporan penuh Indeks Syariah Malaysia apabila ia siap sepenuhnya nanti.

"Ini kerana hasil kajian awal oleh Jawatankuasa Teknikal Indeks Syariah Malaysia mendapati banyak lagi dasar kerajaan serta program susulan yang menepati patuh syariah tetapi belum sempat  diukur.

"Justeru, dalam usaha kerajaan mengimarahkan kepatuhan syariah terhadap dasar kerajaan selama ini, maka dasar yang tidak berlabelkan Islam tetapi menepati nilai Islam perlulah diambil kira demi mendapatkan ukuran yang lebih tepat dan menyeluruh," katanya.

 
jata_sabah
pemudah_s
bpa
jbg
Logo_Jabatan_Kemajuan_Islam_Malaysia_(JAKIM) copy
Logo-JPA
logo-INTAN
logo_mygov
mysms
logo-mampu
bhuee
logo_iim
MyIdeas-Logo
mdec_logo copy
logo-myeg
LOGO-1-MSIA
MSC_logo copy
esyariah
                                                                  Pautan Ke Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri

jata

30px-Flag_of_Perlis.svg

30px-Flag_of_Kedah.svg

penang_flag

50px-Flag_of_Perak.svg

flag_terengganu

40px-Flag_of_Kelantan.svg

Pahang flag

selangor

flag-Kl

flag_of_negeri_sembilan.svg

flag_melaka

30px-Flag_of_Johor.svg

flag_sarawak

  HUBUNGI KAMI     WAKTU URUSAN PEJABAT     UNDIAN     STATISTIK PELAWAT  
 
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH
Tingkat 2, Blok B, Bangunan Wisma MUIS,
Beg Berkunci 130,88734 Kota Kinabalu,
Sabah

Tel : 088-253579      Faks : 088-263475

Ikuti Kami :
Facebook-SMS

 

Dasar Privasi
|
|
 
 
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup    
 
Kemaskini Terakhir : 10 Oktober 2016  
Tarikh : Jumaat, 20 Oktober 2017   29. Muharam 1439
 
Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer
Dengan Resolusi 1024 x 800
 

Hakcipta Terpelihara © 2010 JKSN Sabah

 
 
Sila Buat Salah Satu Pilihan Anda
 
   

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini :16
mod_vvisit_counterKelmarin :180
mod_vvisit_counterMinggu Ini :930
mod_vvisit_counterBulan Ini :4419
mod_vvisit_counterKeseluruhan :865841

 

Login JKSNS