Integriti

Integriti secara umumnya adalah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan pada individu dan sesebuah organisasi. Isu integriti berkait rapat de­ngan etika dan nilai-nilai murni dalam diri seseorang dan sesebuah organisasi.

Integriti penjawat awam pula merujuk kepada apabila seseorang menjawat apa-apa sahaja jawatan yang diamanahkan dalam perkhidmatan kerajaan, penjawat awam terbabit perlu bertindak secara ju­jur dan amanah mengikut bidang kuasa dan tugasnya, telus, tiada konflik peribadi, berwibawa, akauntabiliti serta patuh kepada segala peraturan ditetapkan

Amanah atau integriti adalah salah satu sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW. Ajaran untuk bersifat amanah ini sejalan dengan perintah Allah di surat An Nisa ayat 58 yang ertinya: “Sungguh, Allah menyuruhmu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil. Sungguh, Allah sebaik-baik yang Memberi pengajaran kepadamu. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Melihat”.

Selain itu, Nabi Muhammad SAW juga pernah ber­sabda tentang amanah, yang diriwayatkan oleh Ahmad: “Tidak ada iman yang sempurna bagi orang yang tidak memiliki sifat amanah, dan tidak ada agama yang sempurna bagi orang yang tidak menepati janji”.