Kunjungan Hormat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah Bahagian Sokongan Keluarga

Pada 11 Oktober 2018, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah bersama Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Seksyen Negeri Sabah telah mengadakan Lawatan dan Kunjungan Hormat ke Kompleks Penjara Kota Kinabalu. Rombongan seramai 15 orang diketuai oleh Ketua Hakim Syarie, Datuk Jasri @ Nasip Bin Matjakir dan turut disertai Pengarah Jabatan Bantuan Guaman, Tuan Husni Fairos Bin Ramly.

Tujuan utama Kunjungan Hormat tersebut adalah bagi memperkenalkan fungsi BSK kepada pihak Penjara. Di samping itu, kunjungan tersebut juga turut membincangkan berkenaan bayaran tahanan, prosedur penyerahan tahanan dan mengharmonikan penggunaan perintah-perintah mahkamah khusus berkaitan kes-kes yang dikendalikan oleh BSK . Perbincangan dipengerusikan oleh Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Tuan Haji Suria Bin Haji Idris. Perbincangan yang berjalan selama lebih satu jam telah berjaya mendapat kata sepakat dari kedua-dua belah pihak.

Rombongan Jabatan juga dibawa melawat sekitar Penjara Pusat Kota Kinabalu dan Penjara Wanita Kota Kinabalu. Rombongan berkesempatan melawat bilik-bilik tahanan, bilik banduan akhir, melihat aktiviti-aktiviti banduan dan juga melihat hukuman sebat dijalankan. Lawatan juga dimeriahkan dengan persembahan nasyid daripada banduan-banduan Penjara Pusat Kota Kinabalu. Lawatan dan Kunjung Hormat berakhir sekitar jam 1.00 tengah hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *