Kunjungan Hormat Sempena Pelantikan Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Malaysia Baharu

 

Pada 13hb November 2017 Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Malaysia yang baharu, Yang Amat Arif Dato’ Haji Mukhyuddin Bin Haji Ibrahim  telah mengadakan beberapa Kunjungan Hormat di negeri Sabah.

Lawatan kerja selama sehari itu bermula dengan kunjungan hormat  kepada Tuan Yang Terutama Di Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (DR.) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin pada jam 10.00 pagi.

Kunjungan Hormat kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa  Haji Aman dan Kunjungan Hormat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YBhg. Tan Sri Sukarti Bin Wakiman juga diadakan pada hari yang sama.

Kunjungan hormat ini diadakan sempena pelantikan Dato’ Haji Mukhyuddin Bin Haji Ibrahim sebagai Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Malaysia yang baharu menggantikan Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ibrahim Bin Lembut yang telah bersara wajib pada Ogos 2017.

Pegawai-pegawai yang terlibat dalam kunjungan hormat tersebut terdiri daripada YAA Datuk Haji Mukhyuddin Bin Ibrahim, YAA Datuk Jasri @ Nasip Bin Matjakir (Ketua Hakim Syarie Negeri), YA Datuk Aidi Bin Haji Moktar (Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM), YA Haji Saarani Bin Ismail (Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM), YA Alidin @ Ahmad Din Bin OKK Othman (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah), YA Samal Bin Munji @ Musi (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah), YA Ade Rizal Pahlevi Bin Mohd Zen (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah), Tuan Kamal Bashah Bin Dato’ Ahmad Tajuddin (Pegawai Penyelidik Kanan JKSM) dan Puan Surayah Binti Ramlee (Ketua Pendaftar JKSNS) .

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *