Laporan Muzakarah Pegawai Dan Kakitangan BSK 2017

 

LAPORAN MUZAKARAH 
PEGAWAI DAN KAKITANGAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) TAHUN 2017.

23- 25 Oktober 2017, Isnin hingga Rabu – Bahagian Sokongan Keluarga ( BSK) telah mengadakan Muzakarah Pegawai dan Kakitangan BSK tahun 2017 di Institut Latihan Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) Uitm Lebuh Enstek, Bandar Enstek, Nilai dengan penyertaan seramai 73 orang pegawai dan kakitangan BSK daripada seluruh Malaysia.

Muzakarah ini merupakan satu acara tahunan yang melibatkan pegawai dan kakitangan BSK seluruh Malaysia bagi membincangkan isu-isu khusus berkaitan dengan aktiviti BSK. Disamping itu, ianya juga merupakan satu platfom bagi membincangkan perancangan dan hala tuju BSK dari semasa ke semasa di samping dapat menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pegawai dan kakitangan BSK seluruh Malaysia.

Program yang dirasmikan oleh YAA Dato’ Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia turut diserikan lagi dengan Majlis Pelancaran Laman Facebook BSK dan BSK Transit yang telah disempurnakan oleh YAA Dato’.Turut hadir bersama dalam Majlis Perasmian ini adalah Puan Noor Hadina binti Ahmad Zabidi, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya sesi Muzakarah pegawai dan kakitangan BSK serta ceramah dan aktiviti dalam kumpulan yang dikelolakan oleh Encik Ahmad Azam bin Hassan serta 2 orang pembantunya Puan Nurul Liza binti Muklas dan Cik Siti Zubaidah binti Othman. Di akhir program, majlis makan malam diadakan di Dewan makan ILD dan pihak urus setia telah menyediakan beberapa permainan dan cabutan bertuah kepada peserta Muzakarah BSK tahun 2017 yang turut dihadiri oleh Encik Hatta bin Haji Udin, Ketua Unit Jualan dan Pemasaran ILD Uitm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *