MAJLIS AMANAT KETUA HAKIM SYARIE NEGERI SABAH

14 Jan 2020, Kota Kinabalu, YAA Tuan Ahmad Din bin OKK Othman, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah yang baharu telah menyampaikan Amanat YAA Ketua Hakim Syarie Negeri bagi tahun 2020. Serentak dengan Majlis Perhimpunan Bulanan JKSN Sabah Kali Pertama Tahun 2020 seramai 95 orang yang terdiri daripada Pegawai Syariah dan kakitangan dari Mahkamah Syariah Daerah seluruh Negeri Sabah hadir.

YAA Tuan Ahmad Din telah memulakan amanatnya dengan memanjat rasa syukur kepada Allah SWT kerana isu dan kemelut pelantikan Ketua Hakim Syarie Negeri telahpun selesai. Amanat diteruskan dengan dinyatakan beberapa pencapaian dan prestasi JKSN Sabah sepanjang tahun 2019 antaranya pencapaian prestasi perbelanjaan mengurus kewangan jabatan pada tahap 99.82%.

Bagi tahun 2020 pula YAA KHS menyenaraikan 10 pendekatan untuk mencapai penetapan visi & misi jabatan secara holistik iaitu:

1. Pengukuhan organisasi & penyusunan semula struktur pentadbiran jabatan.
2. Menambahbaik pengurusan kes mahkamah secara mapan dan berterusan.
3. Mendekatkan Mahkamah Syariah kepada masyarakat.
4. Menyediakan kemudahan di Mahkamah Syariah Daerah-Daerah.
5. Menggalakkan kolaborasi dengan agensi-agensi luar.
6. Menyediakan kaedah-kaedah mahkamah & peguam syarie.
7. Mewujudkan empat tier Mahkamah Syariah.
8. Meningkatkan akauntibiliti dan kredibiliti Hakim Syarie.
9. Peningkatan kompetensi, cendekia dan inovatif.
10. Peningkatan tahap kesedaran warga jabatan terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat awam

Majlis diakhiri dengan penyampaian surat kenaikan pangkat kepada 4 orang pegawai, penyampaian anugerah Mahkamah Terbaik seluruh Sabah yang diungguli oleh Mahkamah Syariah Kudat dan penyampaian sijil penghargaan kepada AJK Sukan Mahkamah Syariah Sabah (mini) yang telah diadakan pada pertengahan November 2019 yang lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *