Majlis Ramah Mesra Pegawai & Kakitangan JKSN Sabah Bersama YAA Prof Adjung Dato’Dr Mohd Na’im Bin Mokhtar

Kota kinabalu: Majlis ramah mesra Pegawai & Kakitangan JKSN Sabah Bersama YAA Dato’ Dr Mohd Na’im Bin Mokhtar Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah yang baharu berlangsung pada 11 April 2019 dibilik Hijrah Wisma Muis.

YAA Dato’ Dr berkesempatan meluangkan masa dan menyampaikan amanat kepada pegawai dan kakitangan JKSN Sabah sejurus selesai urusan rasmi pengurusan kes rayuan Syariah di Mahkamah Awam Negeri Sabah pada sebelah pagi.

Dalam ucapan YAA Dato’ Dr sepertia biasa memperingatkan kepada Pegawai dan Kakitangan akan Motto CIA iaitu Cendekiawan,Ikhlas Dan Amanah sebagaimana ucapan YAA Dato’ Dr di MSWP iaitu Ikhlas,Amanah dan berintegriti menjadi unsur tonggak utama dalam memacu Visi dan Misi JKSM ke arah yang lebih cemerlang.

Antara yang diberi penekanan oleh YAA Dato’ Dr Kepada Kakitangan Jabatan adalah seperti berikut:-

  1. Ikhlas – sifat ikhlas menjadikan seseorang pegawai itu mudah berurusan dengan sesuapa sahaja terutamanya pelanggan yang berurusan.Sifat ini juga melahirkan pegawai dan kakitangan yang berdedikasi dan sedia berkhidmat sebaiknya untuk Agama,bangsa dan Negara.
  2. Kerjasama – Sikap mementingkan diri sendiri dan tiada kerjasama akan merugikan Jabatan Ini sendiri bahkan merugikan Individu Pegawai dan kakitangan. kerjasama dan komitmen yang jitu akan membuahkan hasil kerja yang bermutu dan memberi impak yang besar kepada Agama,Masyarakat dan Negara.
  3. Integriti – Sepertimana Ucapan YAA Dato’ Dr sebelum ini, soal integriti perlu diambil perhatian yang serius.Janganlah kerana Hawa Nafsu demi kepentingan diri menyebabkan kita terjebak dalam kebinasaan.Mengambil wang pelanggan secara salah adalah sikap yang keji sekaligus merosakan imej Jabatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *