MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI WARGA KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH TAHUN 2022

23 Mei 2022 I Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) telah mengadakan majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri bagi Warga Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah tahun 2022 bertempat di Kafetaria, Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah.

Majlis ini merupakan acara yang disambut setiap tahun dan sambutan pada tahun ini amat bermakna kerana telah diadakan di bangunan baharu Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah.

Majlis ini turut dihadiri oleh Mantan Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Dato’ Aidi bin Mokhtar, Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah binti Mohd Yusof, Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Puan Egusra binti Ali, Ketua Pendakwa Syarie, Tuan Mohd Ridhuan bin Othman, dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Sabah, Tuan Abdul Razak bin Jamil.

Majlis turut diserikan dengan sesi lawatan para tetamu khas ke gerai-gerai makanan dan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang gerai tercantik serta pemenang pakaian tercantik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *