Mengenai Esyariah

PENCAPAIAN ESYARIAH

Mendapat tempat pertama Anugerah Kualiti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AKICT) di Majlis Penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam 2007

 

Johan bagi Laman Web Terbaik bersempena dengan Hari Kualiti Jabatan Perdana Menteri 2006

 

Menerima anugerah Portal Kerajaan Elektronik Terbaik dalam satu kajian “Benchmarking and Comparative Study of Malaysia Government Portals and Websites 2005”

FUNGSI DAN FAEDAH ESYARIAH

  • Melaksanakan prosedur kerja yang lebih selaras, bersepadu dan sistematik
  • Mengurangkan masa orang ramai berurusan di kaunter Mahkamah Syariah
  • Mengurangkan proses-proses kerja manual kakitangan Mahkamah Syariah dan mengurangkan penggunaan pelbagai buku rekod yang banyak
  • Melaksanakan sistem pengurusan yang lebih sistematik, mudah, teratur dan berkesan
  • Mewujudkan saluran komunikasi secara elektronik di antara Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) bagi memperoleh maklumat dengan cepat dan tepat

OBJEKTIF ESYARIAH

  • Menyediakan maklumat perundangan syariah yang lengkap dan kemaskini pada bila-bila masa
  • Mempertingkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan awam
  • Mempercepat dan mempermudahkan proses kerja semasa
  • Memastikan aplikasi sentiasa relevan dengan keperluan dan keadaan semasa
  • Mewujudkan rangkaian kemudahan dan perkhidmatan yang cekap, cepat serta bersepadu

Menyelaras & memusatkan maklumat Perundangan Syariah

PENGENALAN ESYARIAH

SEJARAH PENUBUHAN E-SYARIAH

  • Cadangan untuk mewujudkan Sistem Elektronik bagi pengurusan kes Mahkamah Syariah adalah berdasarkan kepada hasil keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Oktober 1999
  • Tujuannya adalah bagi mewujudkan rangkaian Kerajaan Elektronik di JKSM dengan Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri di seluruh Malaysia dan agensi/jabatan lain yang terlibat dengan operasi Mahkamah Syariah
  • Pelaksanaan projek E-Syariah telah mula dilaksanakan pada Mac 2002
  • Ia merupakan satu usaha penting Kerajaan Persekutuan untuk mempertingkatkan pengurusan dan pentadbiran Institusi Kehakiman Syariah di negeri-negeri seluruh Malaysia selaras dengan usaha Kerajaan Persekutuan mewujudkan pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Elektronik (Electronic Government)

LATAR BELAKANG E-SYARIAH

  • Dilancarkan pada 7 Februari 2003 oleh YAB Perdana Menteri
  • Aplikasi Perdana Kerajaan Elektronik (eG-Flagship)
  • Sistem pengurusan kes bersepadu yang mengintegrasikan semua proses yang terlibat dalam pengendalian kes Mahkamah Syariah
  • Rangkaian elektronik yang menghubungkan Mahkamah-Mahkamah Syariah Negeri termasuk Mahkamah Syariah di setiap daerah dengan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)