Muzakarah Hakim Borneo

Kota Kinabalu : 2 & 3 Mac 2020, Kota Kinabalu, YAA Dato’ Dr Hj Mohd Naim bin Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah mempengerusikan Muzakarah Hakim Syarie Borneo (Sabah, Sarawak dan WP Labuan) Tahun 2020 di Bilik Mesyuarat Perlis Kompleks Persekutuan Sabah.

Muzakarah ini turut dihadiri YA Hakim Rayuan Syariah JKSM, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Sabah dan Sarawak dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

Muzakarah Borneo kali ini fokus perbincangan kepada pemakaian Arahan Amalan JKSM 2019 di samping perbincangan kepada isu-isu yang berkepentingan kepada Sabah dan Sarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *