Muzakarah Hakim Syarie bertemakan “Nasab yang Syarie, Masyarakat Berkualiti”

KOTA KINABALU – 8 & 9 Mac 2018 (Khamis & Jumaat) bertempat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Sabah di Tuaran Kota Kinabalu, seramai 34 orang Pegawai Syariah terdiri daripada Ketua Hakim Syarie Negeri, YA Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pegawai Sulh, Pegawai Penyelidik dan Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga berkumpul menjayakan muzakarah sepanjang 2 hari 1 malam ini. Muzakarah bertemakan “Nasab yang Syarie, Masyarakat Berkualiti” ini telah dirasmikan oleh YAA Datuk Jasri@Nasip Bin Matjakir, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah. Muzakarah dimulakan dengan ceramah pembukaan minda bertajuk “Kesahtarafan Anak Menurut Hukum Syarak dan Undang-Undang: Satu Sorotan Penghakiman Kes Mahkamah Rayuan Syariah JKSM” yang disampaikan oleh YA Prof Adjung Dato’ Dr Haji Mohd Naim Bin Haji Mokhtar, Hakim Rayuan JKSM. Hasil penglibatan yang komited oleh semua peserta muzakarah dalam sesi perbincangan dalam Slot 1 dan Slot 2 muzakarah ini berjaya menghasilkan lima (5) resolusi penting ke arah penambahbaikan penyelarasan perintah kesahtarafan anak dan cadangan-cadangan ke arah mencapai KPI penyelesaian kes tertunggak 2008 – 2015 Mahkamah Syariah Negeri Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *