Muzakarah Pegawai Syariah Negeri Sabah Bil.1 Tahun 2021

15 Julai 2021, Kota Kinabalu, Pejabat Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah mengadakan Muzakarah Pegawai Syariah Negeri Sabah Bil. 1 Tahun 2021 secara dalam talian menggunakan aplikasi Cisco Webex.

Muzakarah kali ini yang menghimpunkan 33 orang Pegawai Syariah dari seluruh Negeri Sabah telah dirasmikan oleh YAA Tuan Ahmad Din bin OKK Othman, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah.

Sebanyak 2 kertas cadangan dan 2 kertas makluman telah dibentangkan dalam Muzakarah kali ini. Isu yang dibentangkan ialah cadangan pindaan kepada Seksyen 27 (wasiat wajibah) Enakmen Wasiat Orang Islam Sabah 2018, penambahbaikan pelaksanaan takharruj di Mahkamah Syariah, pelaksanaan Easy Sulh secara dalam talian dan makluman pengertian Wali Harta dan Wasi menurut Hukum Syarak dan Fiqh.

Aplikasi Cisco Webex bagi program Muzakarah secara dalam talian kali ini adalah atas kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *