Penyemakan Dan Pengesahan Arah Kiblat Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah Oleh Jabatan Mufti Negeri Sabah Unit Kiblat Bahagian Falak

14 Julai 2022- Seramai 3 orang kakitangan dari Jabatan Mufti Negeri Sabah yang diketuai oleh Ustaz Rosman Bin Basri Ketua Unit Kiblat bahagian Falak (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam) diiringi Ustaz Hairun Bin Maekol dan Ustaz Sulaiman Bin Jalil telah melakukan penyemakan dan pengesahan arah kiblat di Kompleks Mahkamah Syariah Kota Kinabalu Sabah. Penyemakan dan penandaan arah kiblat telah dibuat pada setiap aras termasuk di surau Kompleks. Kakitangan Mahkamah Syariah Kota Kinabalu juga sempat diberikan panduan serta tunjuk ajar bagaimana menentukan arah kiblat menggunakan aplikasi ” Easy Qibla ” dan kiraan arah kiblat secara manual. Cenderahati kepada pihak Jabatan Mufti telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Yusuf Bin Nureddin, Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah. Semoga dengan inisiatif Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah membuat pengesahan arah kiblat tersebut memberikan keyakinan dan kemudahan kepada kakitangan jabatan ini khususnya menjalankan ibadah solat seharian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *