PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN KETUA HAKIM SYARIE NEGERI SABAH KEPADA YAA TUAN AHMAD DIN BIN OKK OTHMAN

Tarikh 16 Mac 2020, menyaksikan majlis penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah di Istana Negeri Kota Kinabalu. YAA Tuan Ahmad Din bin OKK Othman telah menerima Watikah Pelantikan Ketua Hakim Syarie berkuat kuasa mulai 11 November 2019.

Majlis penyampaian watikah ini telah disempurnakan dan disampaikan oleh Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH.

Turut hadir bersama Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Haji Aidi Moktar, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Datuk Seri Panglima Dr Hasbullah Hj Mohd Taha dan 5 pegawai kanan dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah.

Tahniah kepada YAA Tuan Ahmad Din bin OKK Othman atas pelantikan ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *