Peranan BSK

BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK)

VISI

Berusaha menjadikan BSK sebagai sebuah organisasi sokongan keluarga yang unggul bagi membantu sistem pengukuhan kekeluargaan Islam ke arah pengwujudan masyarakat penyayang, penduduk berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif

 

MISI

“BSK komited untuk bertindak sebagai Agensi utama dalam menjadikan Malaysia sebagai Negara yang rakyatnya mengutamakan sistem kekeluargaan berlandaskan ajaran Islam, berperibadi mulia hasil daripada keluarga yang kukuh, berakhlak , sihat, berilmu dan harmoni”

 

PERANAN  BSK

+   Memberi nasihat perundangan Syariah  kepada pihak-pihak yang telah dikeluarkan perintah Nafkah Anak oleh Mahkamah Syariah.
+   Memantau tugas Bailif dan melaksanakan perintah yang dibuat oleh Mahkamah Syariah berkaitan nafkah supaya perintah tersebut dapat dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua pihak
+   Melaksanakan pengurusan pentadbiran yang berkaitan dengan perintah penguatkuasaan serta  perintah  pelaksanaan penghakiman oleh Mahkamah Syariah antara negeri-negeri dapat berjalan lancar tanpa barang halangan.
+   Menguruskan bantuan sokongan kewangan kepada anak yang menjadi mangsa kegagalan pembayaran nafkah oleh suami samada dalam perkahwinan atau perceraian berdasarkan hukum syarak.
+   Melaksanakan pengurusan bantuan sokongan yang berbentuk moral/nasihat serta kewangan kepada pihak yang terlibat dalam terutamanya yang berkaitan pembiayaan nafkah mengikut lunas-lunas hukum syarak

OBJEKTIF BSK

Merealisasikan pelaksanaan dan pematuhan kepada setiap keputusan/perintah mahkamah yang melibatkan isu-isu berkaitan kekeluargaan.
Meningkatkan status dan bidangkuasa Mahkamah Syariah terutama dalam aspek pematuhan perintah mahkamah dan aspek pelaksanaan.
Mengatasi masalah isu kelewatan dalam pengendalian kes-kes penguatkuasaan perintah kehakiman.
Memelihara hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang terbabit di dalam institusi kekeluargaan.
Memberi khidmat nasihat perundangan syarie kepada pihak-pihak terlibat dari segi prosedur undang-undang, hukum syarak, pelaksanaan tuntutan nafkah dan sebagainya yang melibatkan kekeluargaan Islam samada individu ataupun orang awam.