Pengenalan Majlis Sulh

PENGENALAN KEPADA SISTEM SULH

  1. Pendahuluan

Panduan ringkas ini dikeluarkan bagi menerangkan secara ringkas berkenaan konsep pelaksanaan sulh yang telah diperkenalkan di dalam Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri melalui Kaedah Sulh Mahkamah Syariah.

  1. Pengertian Sulh

Al-Sulh di dalam bahasa Arab bererti ‘putus pertengkaran’ yang membawa maksud kompromi manakala pengertian syarak membawa maksud suatu perjanjian yang dimeterai bagi menyelesaikan perselisihan / pertikaian di antara pihak-pihak yang beragama Islam. Di dalam amalan perundangan sivil ianya disebut mediation. Dengan kata lain, para ulama fiqh mentakrifkan al-Sulh sebagai satu ikatan perjanjian atau kontrak bersama untuk mencapai kompromi perdamaian antara dua atau lebih pihak yang berselisih faham / bertikai. Amalan sulh juga telah diamalkan di dalam bidang mu’amalat Islam.

  1. Al-Sulh Dari Sudut Perundangan ISLAM

Dari sudut perundangan Islam, Al-Sulh antara sesama manusia adalah sunat. Dengan demikian, tidaklah ditegah bagi seorang hakim menganjurkan sulh kepada pihak-pihak yang terlibat. Hakim boleh menggalakkan mereka supaya melakukan sulh sekiranya ada dari pihak-pihak terlibat belum mengetahui perkara atau hak sebenar. Sulh merupakan suatu anjuran yang telah diperundangkan melalui Al-Qur’an, Al-Sunnah dan Ijma’.

Di dalam Al-Qur’an di dalam ayat 128 Surah An-Nisa’ yang membawa maksud : “…..sulh adalah satu perkara yang baik. “

Ayat ini adalah berasal daripada satu ayat panjang yang berkaitan dengan perundangan sulh atau perdamaian antara suami isteri. Terjemahan ayat tersebut adalah seperti berikut :-

Dan jika seorang wanita khuatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh daripada suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenarnya dan perdamaian itu adalah baik.

[Ayat 128 Surah an-Nisa’ ]

Manakala di dalam al-Sunnah sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

“Perdamaian ( sulh ) atau kompromi adalah perkara harus antara orang-orang Islam, kecuali sulh untuk menghalalkan perkara haram atau mengharamkan perkara halal. “

Hadith riwayat Ibn Hibban.

Dalam Ijma’, para ulama sepakat memperundangkan sulh ini memandangkan kebanyakan kontrak ada faedahnya termasuklah menyelesaikan perselisihan dan pertelingkahan suami isteri.

Proses Sulh sedang berjalan

Tujuan unit ini ditubuh adalah untuk mempercepatkan kes-kes yang didaftarkan di Mahkamah Syariah. Antara permohonan atau tuntutan yang boleh diselesaikan melalui kaedah Sulh adalah seperti berikut:-

Mut’ahNafkah iddahNafkah TertunggakHarta SepencarianHutang MaskahwinHal-hal yang difikirkan munasabahHadanah (hak penjagaan anak)Tuntutan nafkah anakPermohonan pelaksanaan perintah mahkamahMengubah perintahKembali taatWali Enggan

Asas Perlaksanaan

Firman Allah SWT yang bermaksud:
”Dan jika dua puak dari orang-orang beriman berperang, maka damaikanlah diantara keduanya”
(Surah al-Hujrat:9)

Firman Allah yang bermaksud:
” Dan jika seseorang perempuan berbincang akan timbul dari suaminya nusyuz (Kebencian) atau tidak melayaninya, maka tidaklah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (Secara sebaik-baiknya) kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka dari bercerai-berai)”
( Surah an-Nisa:128)

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
“Perdamaian (Sulh) itu di haruskan (dalam urusan) diantara kaum muslimin, kecuali dalam hal mengharamkan sesuatu yang halal dan menghalalkan sesuatu yang haram”
(Hadis riwayat Tarmizi)

Sulh, Perundangan (biasa) Hakam dan Timbang tara/Perbincangan

Sulh

  1. Mudah diadakan – dibuat diatas kehendak bersama dan sukarela.
  2. Sukarela – (bebas mengambil bahagian dan bebas tidak membuat keputusan) perbincangan melihat kepada kepentingan dan keperluan pihak-pihak dan hasilnya penyelesaian secara damai.
  3. Rahsia ( Antara pihak-pihak dan pegawai Sulh sahaja).
  4. Memudahkan- (Pegawai sulh hanya membuat dan memandu perundingan tetapi pihak-pihak yang akan membuat keputusan) proses tidak formal dan fleksibel serta pihak-pihak menyertai perbincangan sepenuhnya.

Perundingan (Biasa)

  1. Pihak tidak sama kuat dan biasanya proseding terputus-putus.
  2. Tiada pihak yang memandu dan mengatur/mengurus perundingan.
  3. Terdedah pada faktor luar.

Hakam

  1. Pihak-pihak menyerahkan sepenuhnya kepada (Hakam) untuk membuat keputusan bagi pihak mereka.

Timbangtara dan Perbincangan

  1. Bersifat bermusuh- keterangan yang diberikan untuk menegakkan hak masing-masing.
  2. Keputusan penombang tara/Hakim
  3. Fokus masa lampau (apa yang telah berlaku)
  4. Proses formal-ada prosedur khas
  5. Penyertaan pihak adalah terhad sesuatu prosedur yang ada.

Kelebihan-kelebihan Sulh

  1. Dapat menjimatkan kos dan masa pihak-pihak
  2. Perundingan bersifat pemimpin bukan dominasi sebelah pihak
  3. Perundingan melihat kepentingan masa akan datang pihak-pihak bukannya mengunkit dan menyalahkan pihak lain.
  4. Penyelesaian secara sukarela (keredaan) bukannya melepaskan geram