Piagam Pelanggan

 

Piagam Pelanggan JKSNS adalah seperti berikut:-

  1. Menyebut atau membicarakan kes mal/jenayah dan faraid dalam tempoh 21 hari dari tarikh pendaftaran.
     
  2. Mengeluarkan Sijil Faraid dalam tempoh 7 hari selepas dibuat pembahagian hak waris.
     
  3. Penyelesaian 80 peratus daripada kes mal dan kes jenayah yang telah didaftarkan dalam setahun.
     
  4. Sebanyak 85 peratus kes mal, jenayah dan faraid dapat disebut dan dibicarakan dalam setahun.
     
  5. Menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas setiap aduan pelanggan dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima.
     
  6. Mendengar rayuan kali pertama dari Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi Syariah dalam tempoh 30 hari selepas rekod rayuan siap / diterima dari perayu.
     
  7. Penyelesaian 50 peratus kes sulh melalui perjanjian bersama.