Program “Jom Tepati Masa” dan “Ikrar Bebas Rasuah” Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah

04 Mei 2018 bersamaan 18 Syaaban 1439H (Jumaat), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah menganjurkan program “Jom Tepati Masa” dan “Ikrar Bebas Rasuah”. Kedua-dua program ini diadakan bertujuan memupuk budaya integriti di kalangan Warga Kerja JKSN Sabah kearah menambahbaik pematuhan waktu bekerja berperingkat (WBB). Program ini telah dirasmikan oleh YAA Datuk Jasri@Nasip bin Matjakir, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah dan dalam masa yang sama mengetuai bacaan Ikrar Bebas Rasuah JKSN Sabah yang disaksikan oleh Tuan Zulkefle bin Abd. Hamid, Timbalan Pengarah Pencegahan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah. Bacaan Ikrar Bebas Rasuah ini turut disertai oleh YA Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan seluruh warga kerja JKSN Sabah di Ibu Pejabat, Kota Kinabalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *