PROGRAM KUNJUNGAN HORMAT FELDA KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH

9 Ogos 2022 / Selasa | Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah menerima satu kunjungan hormat daripada pihak FELDA di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah Kota Kinabalu pada hari ini. Rombongan pihak FELDA seramai 5 orang diketuai oleh Pengarah Jabatan Tanah FELDA, Dr. Mohd Syaiful Hassan tiba di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah, Kota Kinabalu pada jam 8.30 pagi. Perbincangan antara pihak jabatan dan FELDA telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama. Perbincangan ini antaranya bertujuan untuk perkongsian berkenaan status pemilikan dan prosedur pengurusan harta bagi waris Peneroka melibatkan kes-kes Pentadbir Harta dan Pembahagian Harta Pusaka di Mahkamah Syariah negeri Sabah.

Perbincangan yang berlangsung selama lebih sejam itu dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kanan, YA Tuan Samal Bin Munji. Turut hadir bersama dalam perbincangan ini ialah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah YA Tuan Nawawi Bin Diman, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Pegawai Penyelidik, Pegawai Sulh serta ketua-ketua unit bahagian pentadbiran jabatan. Manakala rombongan pihak FELDA terdiri daripada Tuan Amir Saufi Bin Nauzin (Penolong Pengarah Tanah), Tuan Ezaq Dzafrieudin Bin Mohd Zaki (Pegawai Tadbir Tanah), Tuan Saifuddin Bin Oyot (Penolong Pegawai Hal ehwal Islam) dan Encik Sudirman Bin Ideris (Pemandu).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *