SEMINAR PERUNDANGAN SYARIAH JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH BERSAMA AMANAH RAYA BERHAD (ARB) SABAH

 

KOTA KINABALU – 02 Mac 2018 (Jumaat), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah bersama Amanah Raya Berhad Cawangan Sabah telah menganjurkan Seminar Perundangan Syariah bertempat di Bilik Hijrah Wisma MUIS Kota Kinabalu, Sabah. Seminar yang bertemakan “Kepentingan dan Peranan Amanah Raya Berhad Sebagai Pemegang Amanah” ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Mohd Arifin Haji Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah. Teks ucapan beliau telah diwakil bacakan oleh YBhg Tuan Haji Junaidi Haji Jumahad, Timbalan Pengerusi MUIS. YAA Datuk Jasri@Nasip Bin Matjakir, Ketua Hakim Syarie Negeri, Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah turut memeriahkan majlis. Ceramah yang disampaikan oleh Tuan Usman Bin Haji Hamid, Pengurus Kanan Amanah Raya Berhad Cawangan Sabah pada hari ini telah berjaya mendapat penyertaan seramai 100 orang peserta dari pelbagai latarbelakang seperti Pegawai Kerajaan dan Swasta, pengamal undang-undang Sivil dan Syariah, pensyarah dan orang awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *