SESI TAZKIRAH JABATAN BIL 2/2022

22.4.2022 – Jumaat | Unit Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah mengadakan sesi Tazkirah Jabatan Bilangan 2/2022.

Sesi Tazkirah ini dihadiri secara maya oleh seramai 50 orang peserta terdiri dari Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rendah, Pegawai Sulh dan semua kakitangan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah.

Penceramah bagi tazkirah ini ialah Puan Abidah binti Abdul Ghani dengan tajuk “10 Ramadan Tarakhir”. Pengacara Majlis ialah Puan Jasmawati binti Ag Jambol, bacaan doa oleh Tuan Timummung bin Rawi, bacaan alunan suci al-Qur’an surah al-Qadr oleh Encik Mohd Nor dan terjemahan dari Puan Marhainah Asri.

Antara intipati tazkirah yang disampaikan oleh Puan Abidah ialah hebatnya malam lailatul Qadar dan kisah nabi Samson disebalih turunnya surah al-qadr.

Moga pengetahuan dan ilmu yang dkongsi memberi manfaat kepada semua. Tahniah kepada penceramah, pegawai dan kakitangan yang bertugas serta kepasa semua audien d alam maya ini.

Terima Kasih
Unit Latihan JKSN Sabah
b.p Ketua Hakim Syarie Negeri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *