Struktur Organisasi

 

  • Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) diketuai oleh seorang Ketua Hakim Syarie Negeri yang dibantu oleh lima orang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, seorang Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, seorang Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, 11 orang Hakim Mahkamah Rendah Syariah, lima orang Penolong Pendaftar MTS dan 11 Penolong Pendaftar MRS.

 

  • Jabatan ini mempunyai dua bahagian utama iaitu:-
  • o    Bahagian Khidmat Pengurusan; dan
  • o    Bahagian Pentadbiran Kehakiman (Mahkamah-Mahkamah Syariah)
  • Kedua-dua Bahagian ini diletakkan terus di bawah pengawasan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah dan pada bulan Ogos 2005, fungsi kedua-dua Bahagian ini telah disusun semula sebagaimana berikut:

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan pusat pentadbiran Jabatan yang diletakkan di Bandaraya Kota

Kinabalu. Terdapat 7 unit dalam bahagian ini iaitu:

  1. Pejabat Ketua Pendaftar
  2. Unit Pentadbiran & Sumber Manusia
  3. Unit Pendaftar Mahkamah Rayuan
  4. Unit Teknologi Maklumat
  5. Unit Pusat Sumber
  6. Unit Latihan/Aduan Awam
  7. Unit Sokongan Keluarga
  8. Unit Rekod

 

Unit Kes Rayuan dan Undang-undang

Mengendalikan pendaftaran dan pemprosesan kes-kes rayuan Mahkamah Rayuan Syariah; pengurusan sidang Mahkamah Rayuan Syariah; dan pengeluaran perintah dan keputusan Mahkamah Rayuan Syariah. Unit ini juga bertanggungjawab ke atas urusan  kemasukan & penerimaan peguam-peguam syarie; kajian hal ehwal perundangan Mahkamah Syariah; dan menjadi urusetia Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah Negeri Sabah.

BAHAGIAN PENTADBIRAN KEHAKIMAN

Bahagian ini mengandungi Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah di Kota Kinabalu yang diketuai oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan Pejabat Mahkamah-mahkamah Rendah Syariah Bahagian di enam Bahagian pentadbiran Negeri Sabah. Setiap satu Pejabat mahkamah ini diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.