Tinjauan Tapak Pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah

 

 

16 Mac 2018 bersamaan 28 JamadilAkhir 1439H (Jumaat), YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Negeri Sabah telah sudi membuat lawatan dan tinjauan tapak pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah di Likas. Diiringi oleh YAA Datuk Jasri@Nasip bin Matjakir, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah dan Ir. Hj. Amrullah Kamal, Pengarah Kerja Raya Negeri Sabah, dalam kenyataannya hari ini, YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Negeri Sabah mengharapkan pihak kontraktor dan semua terlibat dalam kerja-kerja pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah ini dapat menjalankan kerja-kerja pembinaan dan menyiapkan projek mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah di Likas ini yang bakal beroperasi pada pertengahan tahun 2020 mempunyai kemudahan Dewan Bicara Mahkamah Rendah Syariah sebanyak 3 unit dewan, 2 unit Mahkamah Tinggi Syariah dan 1 unit Mahkamah Rayuan Syariah dan kemudahan-kemudahan lain yang terkini dan moden.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *