MESYUARAT PEGAWAI SULH JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH BIL.1 2024

LABUAN 27 Jun 2024 (Khamis) - Mesyuarat Pegawai Sulh Bil.1 2024 telah diadakan di Hotel Tiara Wilayah Persekutuan Labuan dengan dipengerusikan oleh Puan Surayah binti Ramlee, Ketua Pendaftar Jabatan yang dihadiri oleh Pendaftar dan pegawai-pegawai Sulh daerah-daerah.

Mesyuarat bermula dengan pengesahan minit mesyuarat dan hal-hal berbangkit berkaitan dengan laporan easy sulh daerah-daerah, laporan pendaftaran, penyelesaian dan kes dalam prosiding.Laporan perkembangan pasukan penulisan oleh pegawai sulh yang bakal dikumpulkan dan diterbitkan oleh pihak jabatan pada bulan September 2024.

Unit Sulh juga telah berjaya menyiapkan soalan sulh bagi memudahkan pegawai mengenalpasti pelanggan yang berhadapan dengan isu mental. Soalan ini akan dibentangkan di peringkat MPTJ bagi kelulusan pemakaian berserta buku panduan yang masih dalam proses disediakan.

Unit Sulh juga dalam usaha memperkasakan fungsi sulh mencadangkan kepada pihak jabatan bagi menwujudkan Unit Penyelesaian Pertikaian Alternatif yang meletakkan sulh dan hakam dibawah satu bumbung bagi memudahkan penyelarasan, penambahbaikan dan pemantauan.

Dalam mesyuarat ini, Tuan Harjat bin Rak dan Puan Nursyafiah binti Sulaiman telah menyampaikan ucapan perpisahan kerana berpindah tugas sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kota Belud dan Pegawai Penyelidik Mahkamah Tinggi Syariah. Semoga unit sulh terus berkembang dan berjaya mencapai visi dan misinya.