MUZAKARAH PEGAWAI SYARIAH JKSNS BIL.1 TAHUN 2024
LABUAN 27 & 28 Jun 2024 - Muzakarah Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah Bil.1 tahun 2024 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Tiara Hotel, Wilayah Persekutuan Labuan.
Peserta muzakarah terdiri daripada YAA ketua Hakim Syarie, Puan Ketua Pendaftar, YA Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi, Tuan Pendaftar, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah, Pegawai-Pegawai Sulh, Pegawai-Pegawai BSK serta urus setia program.
Program dimulakan dengan Mesyuarat Pegawai Sulh Negeri Sabah Bil.1 2024 dengan laporan perkembagan unit sulh terutama projek soal selidik dan buku panduan menangani pesakit mental dalam majlis sulh, pendaftaran kes dan penyelesaian, laporan easy sulh dan isu-isu sulh yang berkaitan telah dibentangkan dan diputuskan.
Seterusnya dua kertas kerja telah dibentangkan dengan satu kertas cadangan dan 1 kertas pemakluman telah berjaya dibincangkan dan dimuktamadkan dikalangan ahli muzakarah.
Muzakarah kali ini melakar sejarah tersendiri dengan perbincangan rang undang-undang oleh Puan Siti Hafsah binti Adenan, Pegawai Undang-Undang Kanan Pejabat Peguam Besar Negeri Sabah serta 1 pegawai, hadir bersama Pendaftar Wakaf Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Tuan Kasim bin Sauji yang bakal dibentangkan di Dewan Undangan Negeri pada 9-11 Julai 2024.
Antara rang undang-undang utama tersebut adalah Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah tahun 2024 yang membawa kepada penubuhan Mahkamah Utama Syariah Negeri Sabah dan beberapa pindaan terhadap tafsiran beberapa enakmen yang terkesan dengan pewujudan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah.
Beberapa resolusi berjaya dimuktamadkan dan program berakhir pada 28 Jun 2024.
Semoga Allah memudahkan dan melancarkan pembetangan rang Undang-Undang Syariah pada 9-11 Julai 2024 sehingga tertubuhnya Mahkamah Utama Syariah Negeri Sabah.